Terra2

Showing posts with label teknologi. Show all posts
Showing posts with label teknologi. Show all posts

Saturday, 6 October 2018

"Letih Layan WhatsApp? Ini Cara Automasikan Reply Whatsapp Dengan

 






Ini mungkin masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakkan peniaga online diluar sana.
“REPLY WHATSAPP”
Kalau 1 atau 2 whatsapp sehari mungkin boleh dilayan dan dibelai-belai (ayat prospek supaya membeli), tetapi bayangkan kalau dalam sehari hampir 20-30 whatsapp yang ingin dijawap? Memang tak menang tangan la jawabnya.
Tetapi dengan teknologi yang ada ketika ini, anda tidak lagi perlu untuk reply satu persatu whatsapp dari prospek anda. Anda boleh automasikan reply tersebut dengan satu Applikasi yang dinamakan Autoresponder for WA
Langkah-langkah untuk setup applikasi Autoresponder Whatsapp ini adalah seperti berikut:

PI Whats Pantas & Percuma

Langkah 1 :

Download applikasi Autoresponder for WA daripada Google Playstore.(maaf untuk iphone saya tak pasti boleh guna atau tidak)

Langkah 2 :

Buka Applikasi tersebut di dalam telefon anda. Kemudian pergi ke bahagian “Rule”.
Di sinilah tempat dimana kita perlu letakkan keyword yang ingin direply oleh sistem ini.

Langkah 3 :

Masukkan keyword yang di ingini beserta Reply Message yang dikehendaki
Untuk Featured “Pattern Matching“,”Expert Pattern Matching” dan “Welcome message” hanya terdapat pada Pro Version sahaja. Hanya RM 12.90  untuk update ke Pro Version.

Langkah 4 :

Uji semua Keyword yang telah dimasukkan di dalam Rule dengan menggunakan telefon yang lain. Pastikan kesemua keyword tersebut berfungsi sepenuhnya.
PERHATIAN : Sekiranya anda menghadapi masalah, pastikan anda check dan patuhi semua arahan di dalam “DOESNT WORK?” dan “DOESNT WORK ANYMORE?” (anda boleh lihat dengan klik pada 3 titik dibahagian kanan atas applikasi tersebut)
Anda juga boleh lihat tutorial lengkap dalam bentuk Video dibawah ini untuk lebih terperinci.
Semoga Bermanfaat & Jangan Lupa Tekan Butang SHARE

Saturday, 11 August 2018

Gara-gara tak memasak, budak remaja ini campak ibu ke dalam lombong



Dalam islam sudah didedahkan, “berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya” yang bermaksud berbakti, mengasihi dan berlemah lembut terhadap kedua orang tua telah membesarkan kita.
Malah apabila sudah besar, sebagai seorang anak haruslah berbakti kepada ibu bapa untuk menyenangkan dan meringankan bebanan kerja mereka.
Namun lain pula yang berlaku di sebuah daerah di Kelantan yang menunjukkan seorang remaja lelaki dalam linkungan 20-an telah menolak ibunya di dalam lombong.
Video yang berdurasi 19 saat itu dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @HarithNaufal dan kemudiannya dikicau semula oleh @pedoqpop sehingga video tersebut menjadi tular.

Tanggang pantai timur in the making pic.twitter.com/WbNjLfbs3a
— Heri Kane (@HarithNaufal) August 11, 2018
Walau bagaimanapun, punca remaja berkenaan bertindak demikian dipercayai ibunya tidak memasak di rumah dan hanya menonton televisyen. Jadi, remaja tersebut mengambil keputusan menyuruh ibunya ‘duduk’ di dalam lombong sahaja.
Berikutan itu, ramai pengguna twitter telah memberikan pelbagai reaksi dengan yang rata-rata kecewa dengan sikap derhaka itu. Malah, ada yang membantu menterjemahkan dialog yang dikatakan oleh si anak.

Kredit: Ohmymedia
Sumber : @HarithNaufal , @pedoqpop

Thursday, 25 January 2018

Ramai yang masih tak tahu cara nak cari dan ‘block’ telefon anda sekiranya hilang atau dicuri




Saya kehilangan handphone di tandas RNR Gurun. Kebetulan abang bawa laptop, terus abang login Gmail account saya. Selepas itu, ‘track my device’ menggunakan Google account. Kemudian pilih ‘ring my phone’. Walaupun phone kita dah ditetapkan kepada ‘Silent’, tetapi Google boleh deringkan peranti itu dengan kuat dan nyaring selama lima minit.

Jadi, semasa handphone tengah berdering itu, abang tekan ‘locate my phone’. Lokasi menunjukkan handphone saya masih lagi berada di RNR Gurun. Abang terus berlari meredah hujan mencari lokasi tersebut. Ia menunjukkan parking di bahagian belakang.

Pilih akaun


Saya pula berdoa dalam hujan dengan sepenuh hati semoga abang pulang dengan membawa hasil. Saya bukan sayang handphone tetapi saya sayang semua gambar, data dan fail di dalam handphone itu. Handphone saya itu ibarat laptop dan buku nota. Semua kerja Mary Jardin saya selesaikan dengan smartphone ini.

Masa itu saya marah pada diri sendiri kenapa tak buat backup di Google account semua benda dalam handphone itu. Dalam keadaan cemas, bingung dan sedih, Adam pula menangis sekuat hati. Saya masa itu tengah memegang laptop, tengok kalau-kalau lokasi itu berubah, mungkin orang bawa lari ke apa kan.

Masukkan kata laluan



Skrol ke bawah




Mulakan


Cepat-cepat saya menenangkan diri sebab kalau serabut pun tidak akan membawa faedah. Bila saya dah tenang, automatik Adam pun saya boleh tenangkan dengan jayanya. Selepas selesai tidurkan Adam, saya ternampak kelibat abang pulang dengan hampa. Kemudian kami nampak lokasi phone beralih ke Ramly Burger. Kami terus gerak dan park di depan Ramly Burger.

Abang hantar mesej pada handphone itu, “Please call 017-******’ dan mesej dihantar melalui Google account tersebut. Mesej ini memang akan terpapar di muka depan screen.

Jalan terakhir, saya memang buat keputusan ‘consider erasing your device’ dah. Tetapi saya bersabar saja dulu sebab button ini memang pilihan terakhir. Kalau tekan butang itu, memang tak dapat recover kembali semuanya.

Di saat saya hampir berputus asa, tiba-tiba abang menerima satu panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Mungkin dia baca mesej yang dihantarkan tadi. Alhamdulillah, orang yang ambil handphone itu memang bercadang mahu memulangkan semula handphone itu. Katanya tengah solat tadi. Kami berjumpa di depan Ramly Burger.

Pilih peranti anda





Pastikan kata laluan



Dering atau dapatkan lokasi


Sungguh Allah mendengar doa hambaNya yang meminta dengan bersungguh-sungguh ketika turunya hujan rahmat. Kejadian ini membuatkan saya insaf. Kalau waktu begini Allah dengar permintaan kita, apatah lagi kalau kita meminta dengan bersungguh-sunggu hdi waktu tahajjud.

Melalui post ini, saya cuma mahu menyampaikan cara untuk mencari handphone yang hilang sekiranya tiada apps atau mungkin anda semua boleh download saja apps sebelum kes seumpama ini berlaku. Wallahualam.

Sumber : Ain Nadiah Mazlan

Monday, 1 January 2018

8 Pelayar Alternatif Yang Mampu Kalahkan Chrome





Pelayar jenis Chrome sememangnya sebati dgn pengguna di Malaysia, dek kerana kepantasan dan jaminan keselamatan yang boleh dipercayai.
Namun tahukah anda bahawa masih terdapat banyak lagi pelayar yang setanding dengan Chrome? Berikut kami kongsikan 8 Browser yang anda boleh gunakan sebagai ganti kepada Google Chrome.
1. Vivaldi Browser
Antara kelebihan pelayar ini ialah, tema dan warnanya dapat diubah mengikut citarasa anda.

2.Opera
Pelayar ini diantara yang paling terkenal setakat ini.

3.Opera Neon
Antara kelebihannya ialah, split screen, screen capture dan video popup.

4.Yandex Browser
Pelayar unik ini dikatakan mampu menyekat virus dan proses pelayaran akan lebih “Rahsia” dan selamat.

5.Brave Browser
Kelebihannya ialah mampu menyekat iklan.

6.Epic Browser
Dibangunkan khusus untuk tidak menyimpan “Browsing History” dan maklumat pelayaran akan dirahsiakan.

7. SRWare Iron
Dengan antara muka yang hampir sama dengan Chrome cuma ditambah beberapa fungsi lain.
8. Torch Browser
Pelayar ini merupakan kegemaran admin sendiri kerana fungsinya yang memudahkan anda memuat turun fail jenis video, audio dan lain-lain.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...