Terra2

Saturday, 6 October 2018

"Letih Layan WhatsApp? Ini Cara Automasikan Reply Whatsapp Dengan

 






Ini mungkin masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakkan peniaga online diluar sana.
“REPLY WHATSAPP”
Kalau 1 atau 2 whatsapp sehari mungkin boleh dilayan dan dibelai-belai (ayat prospek supaya membeli), tetapi bayangkan kalau dalam sehari hampir 20-30 whatsapp yang ingin dijawap? Memang tak menang tangan la jawabnya.
Tetapi dengan teknologi yang ada ketika ini, anda tidak lagi perlu untuk reply satu persatu whatsapp dari prospek anda. Anda boleh automasikan reply tersebut dengan satu Applikasi yang dinamakan Autoresponder for WA
Langkah-langkah untuk setup applikasi Autoresponder Whatsapp ini adalah seperti berikut:

PI Whats Pantas & Percuma

Langkah 1 :

Download applikasi Autoresponder for WA daripada Google Playstore.(maaf untuk iphone saya tak pasti boleh guna atau tidak)

Langkah 2 :

Buka Applikasi tersebut di dalam telefon anda. Kemudian pergi ke bahagian “Rule”.
Di sinilah tempat dimana kita perlu letakkan keyword yang ingin direply oleh sistem ini.

Langkah 3 :

Masukkan keyword yang di ingini beserta Reply Message yang dikehendaki
Untuk Featured “Pattern Matching“,”Expert Pattern Matching” dan “Welcome message” hanya terdapat pada Pro Version sahaja. Hanya RM 12.90  untuk update ke Pro Version.

Langkah 4 :

Uji semua Keyword yang telah dimasukkan di dalam Rule dengan menggunakan telefon yang lain. Pastikan kesemua keyword tersebut berfungsi sepenuhnya.
PERHATIAN : Sekiranya anda menghadapi masalah, pastikan anda check dan patuhi semua arahan di dalam “DOESNT WORK?” dan “DOESNT WORK ANYMORE?” (anda boleh lihat dengan klik pada 3 titik dibahagian kanan atas applikasi tersebut)
Anda juga boleh lihat tutorial lengkap dalam bentuk Video dibawah ini untuk lebih terperinci.
Semoga Bermanfaat & Jangan Lupa Tekan Butang SHARE

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...