Terra2

Wednesday 13 May 2020

Rindu anak, lelaki tekad jalan kaki ke Terengganu meninggal dunia, disahkan positif Covid-19


Kerana terlalu merindui anak di kampung, seorang lelaki berusia 30 tahun tekad mahu berjalan kaki dari Segamat, Johor menuju ke kampung halamannya di Kuala Terengganu.

Namun, ajal maut di tangan Tuhan, belum sempat sampai ke rumah lelaki yang dikenali sebagai Mohd Haszlee Hashim, meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Menerusi maklumat daripada pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia, Rafie Zainal, berdasarkan ujian saringan arwah disahkan positif Covid-19.
Terlalu rindukan anak
Difahamkan, arwah terlalu rindukan anaknya di kampung menyebabkan dia berkeras untuk pulang dengan berjalan selepas sekian lama terpisah dengan keluarga sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula.

“Arwah dikatakan terlalu rindukan anaknya di kampung menyebabkan dia berkeras untuk pulang dengan berjalan selepas sekian lama terpisah dengan keluarga sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula…”

Skuad Pengurusan Jenazah - SPJ Malaysia
14 hours ago
ALLAH MENDORONG SI MATI KE TEMPAT KEMATIANNYA..⚰️
"Alhamdulillah, jenazah Almarhum Mohd Haszlee bin Hashim selamat disemadikan sebelum Zohor tadi di Tanah Perkuburan Islam Setali, Kuantan.
.
....
See More
Image may contain: one or more people, people standing and outdoor
Image may contain: 2 people, people standing
Image may contain: outdoor and nature
Image may contain: one or more people, tree, house and outdoor
+6

Dah nampak lemah, tapi tetap teruskan perjalanan

Malah, ketika dalam perjalanan terdapat beberapa anggota bertugas terserempak dengan arwah yang ketika itu mahu melintasi lokasi sekatan jalan raya (SJR).
Berdasarkan maklumat anggota terbabit, arwah kelihatan sangat lemah, dan telah dinasihatkan untuk tidak meneruskan perjalanan. Namun, dia berkeras untuk berjalan pulang sejak Jumaat lalu.

Seorang anak yang bertanggungjawab
Menurut kakak arwah, adiknya itu sangat bertanggungjawab pada keluarganya. Di dalam Facebook, kakaknya sempat berkongsi sekitar pengebumian.

Ayra Qalesya
11 hours ago
Alhmdulillah selesai pngurusan jenazah arwah adikku mohd Haszlee Hashim..time kasih Skuad Pengurusan Jenazah ustaz muhammad Rafieudin zainal membntu mnguruskn jenazah arwah..dktr2 kkm polis sdara smua yg mbntu serta mendoakn arwah sy ucpkn time kasih sgt2 hnya allah yg dpt mblas smua jsa baik kalian..slama ni tgk dlm video je pasal covid 19 sape yg pernah sgka terkna dgn adik sndri..allahu mmng perit sgt..😭😭 xblh sntuh arwah..tgk di sblik cermin shja..sdgkn dh 3 bln x jmpa arwah...terlalu rumit sdikt prosedur urusan jenazah covid tp alhmdulillah allah permudahkn smua......
Image may contain: 1 person, standing
Image may contain: plant, outdoor and nature
Image may contain: 1 person, standing
Image may contain: car and outdoor
-0:05

Rasa sayu tidak dapat menyentuh adiknya buat kali terakhir, kakaknya bagaimana pun berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menguruskan jenazah adiknya.

Proses pengebumian mengambil masa tiga jam, mengikut SOP daripada KKM. Jenazah dibawa keluar dari Hospital Muadzam Shah ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)  dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Setali, Kuantan, Pahang.

Sumber : Harian Metro, Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia & Ayra Qalesya

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...