Dalam islam sudah didedahkan, “berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya” yang bermaksud berbakti, mengasihi dan berlemah lembut terhadap kedua orang tua telah membesarkan kita.
Malah apabila sudah besar, sebagai seorang anak haruslah berbakti kepada ibu bapa untuk menyenangkan dan meringankan bebanan kerja mereka.
Namun lain pula yang berlaku di sebuah daerah di Kelantan yang menunjukkan seorang remaja lelaki dalam linkungan 20-an telah menolak ibunya di dalam lombong.
Video yang berdurasi 19 saat itu dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @HarithNaufal dan kemudiannya dikicau semula oleh @pedoqpop sehingga video tersebut menjadi tular.
Tanggang pantai timur in the making pic.twitter.com/WbNjLfbs3a— Heri Kane (@HarithNaufal) August 11, 2018
Walau bagaimanapun, punca remaja berkenaan bertindak demikian dipercayai ibunya tidak memasak di rumah dan hanya menonton televisyen. Jadi, remaja tersebut mengambil keputusan menyuruh ibunya ‘duduk’ di dalam lombong sahaja.
Berikutan itu, ramai pengguna twitter telah memberikan pelbagai reaksi dengan yang rata-rata kecewa dengan sikap derhaka itu. Malah, ada yang membantu menterjemahkan dialog yang dikatakan oleh si anak.
Kredit: Ohmymedia
Sumber : @HarithNaufal , @pedoqpop
No comments:
Post a Comment