Terra2

Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Monday, 21 January 2019

Siti Kassim Label Pengkritiknya Terencat. Lebih Baik “Bunuh Diri”, Katanya..


KUALA LUMPUR – Peguam kontroversi, Siti Kassim menganggap mereka yang mengkritik beliau dan beberapa tokoh kehakiman menari atas pentas sebagai terencat.
“Hanya kerana kami menikmati makan malam ada golongan terencat tak tahan lihat AG (Peguam Negara) dan CJ (Ketua Hakim) menari bersama kami,” katanya menerusi status media sosialnya malam tadi.
Malah Siti Kassim berkata, ia menjadi tular sehingga ada yang mahu Tommy Thomas meletakkan jawatan.
Beliau mahu pengkritiknya yang dianggapnya golongan terencat itu lebih baik ‘bunuh diri’.
Sebelum itu, video rakaman Siti bersama Tommy serta tokoh kehakiman dan menteri menari twist tular di media sosial sehingga dikritik oleh netizen termasuk pemimpin Pakatan Harapan sendiri.
Sumber: MalaysiaGazette

Saturday, 19 January 2019

Kerajaan Sedang Mengkaji Untuk Tetapkan Had Masa Keluar Malam Bagi Remaja Bawah 18 Tahun



Kerajaan dan pihak berkuasa dalam satu kenyataan menyatakan bahawa kini mereka sedang mempertimbangkan untuk menetapkan had masa kepada remaja di bawah umur untuk keluar rumah pada waktu malam dan tanpa pengawasan orang dewasa.

Larangn ini dilihat perlu dan seharusnya dipertimbangkan bagi melindungi mereka daripada kegiatan dan pengaruh negatif yang dilihat semakin tidak terkawal dan akan terus terbiar jika tidak dilakukan sesuatu.

Jika ia ditetapkan, Malaysia bukanlah menjadi negara pertama yang akan memperkenalkan ‘perintah berkurung’ ini.

Negara seperti Iceland contohnya telah mengamalkan polisi ini, di mana di bawah Akta Perlindungan Kanak-kanak di Iceland, kanak-kanak di bawah usia 12 tahun tidak dibenarkan untuk berada di luar rumah selepas jam 8 malam kecuali diiringi oleh orang dewasa.


Kanak-kanak berumur 13 hingga 16 tahun pula tidak boleh berada di luar rumah selepas jam 10 malam, kecuali jika mereka pulang dari acara yang diiktiraf oleh sekolah, organisasi sukan atau kelab belia di sana.

Mereka yang melanggar undang-undang ini akan dibawa ke balai polis dan ibu bapa mereka perlu mengambil mereka di sana.

Dr Wan Azizah juga mengatakan bahawa “Ini masih di peringkat cadangan. Kita masih belum memikirkan tindakan-tindakan hukuman serta unsur-unsur pendidikan yang kita mahu sebagai sebahagian daripada undang-undang.”

“Tetapi apa yang pasti ialah kita perlu memastikan bahawa generasi masa depan kita tidak ketagih dengan produk psikotropik dan menghidu gam,” katanya.

Wednesday, 28 November 2018

Potongan PTPTN bermula 1 Januari 2019


Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik hadir pada persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. - Foto Hafiz SohaimiTweet
KUALA LUMPUR: Potongan gaji bagi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi peminjam berpendapatan RM2,000 sebulan akan bermula pada 1 Januari depan.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata bayaran pinjaman akan meningkat seiring pendapatan diperoleh peminjam.
“Pengecualian bayaran balik pinjaman turut dikhususkan buat peminjam yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.
“Selain itu, Kabinet bersetuju memberi pengecualian kepada pelajar cemerlang kelompok M40.
“Doakan kewangan negara kembali pulih supaya kerajaan boleh tunaikan janji manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk menangguhkan pembayaran semula sehingga gaji peminjam mencecah RM4,000,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Kabinet memutuskan potongan gaji ke atas peminjam PTPTN pada kadar dua peratus atau RM40 sebaik gaji mereka mencecah RM2,000.
Dalam pembentangan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengumumkan kerajaan akan melaksanakan potongan gaji berjadual antara dua hingga 15 peratus kepada peminjam yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.
Pengumuman itu mendapat bantahan ramai terutama persatuan mewakili pelajar dan penuntut universiti yang mendesak syarat itu dikaji semula.

Tuesday, 27 November 2018

‘Jangan tanya ICERD lagi, tunggu isu kuil reda dulu’

P Waytha Moorthy
P Waytha Moorthy


KUALA LUMPUR – Memandangkan konflik  yang tercetus  di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya masih lagi panas dan tegang, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy menasihatkan supaya  himpunan perdana menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Driskriminasi Kaum (ICERD) pada 8 Disember tidak dibincangkan buat masa ini.
Menurut beliau, jalan terbaik buat masa ini ialah dengan tidak memanaskan situasi untuk mengulas soal himpunan tolak ICERD, bagi meredakan insiden tegang di kuil Sri Maha Mariamman.
“Berkenaan ICERD, lebih baik tiada sebarang ulasan buat masa ini. Biarkan keadaan di kuil ‘sejuk’ terlebih dahulu,” katanya ringkas ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Terdahulu dilaporkan, Pas dan Umno menegaskan Himpunan Perdana Rakyat Menolak ICERD akan diteruskan.
Ketua Penerangannya, Nasrudin Hasan berkata, ia berdasarkan kepada perkembangan semasa daripada penganjur perhimpunan iaitu sekretariat Gerakan Pembela Ummah (Ummah).
Katanya, himpunan terbabit perlu diteruskan kerana kegagalan kerajaan menunjukkan kesungguhan tidak meratifikasi ICERD dan lima perjanjian antarabangsa lain.

Thursday, 15 November 2018

Khatan perempuan: KPWKM akan bincang dengan Kementerian Kesihatan


Khatan perempuan: KPWKM akan bincang dengan Kementerian Kesihatan
WAN AZIZAH: Kita dalam perbincangan dengan Kementerian Kesihatan kerana sebenarnya ia merupakan praktis budaya yang diamalkan sebelum ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan berhubung isu khatan bayi perempuan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata keputusan tersebut merupakan susulan daripada kritikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) terhadap Putrajaya kerana kenyataannya mengenai khatan bayi perempuan di Malaysia sebagai satu amalan budaya.

"Kita dalam perbincangan dengan Kementerian Kesihatan kerana sebenarnya ia merupakan praktis budaya yang diamalkan sebelum ini dan cara kita bersunat (berkhatan) tidak sama seperti di Afrika.

"Tetapi, kita akan buat perbincangan dan lihat jika betul (khatan) pada perempuan tidak beri kebaikan, maka kita harus buat sesuatu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Pengerusi Suhakam Razali Ismail berkata kenyataan daripada wakil kementerian itu dalam program Semakan Berkala Sejagat Pusingan Ketiga di Geneva, Switzerland pada minggu lepas tidak menyakinkan dan disalah tafsir.

Sebelum ini, wakil itu mempertahankan amalan berkhatan di kalangan perempuan dengan mendakwa ia merupakan sebahagian daripada budaya.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berkata amalan sunat merupakan pencabulan hak remaja dan wanita.

Sumber:Astro awani

Saturday, 3 November 2018

Rafizi Dipukul Di Keningau Ketika Melawat Pusat Mengundi PKR. Ini tidak balas Rafizi selepas itu




Rafizi menang di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU 3 Nov. – Keputusan pemilihan PKR Pusat di Cabang Kota Kinabalu bagi jawatan Timbalan Presiden memihak kepada Rafizi Ramli yang memperoleh 440 undi berbanding pesaingnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mendapat 120 undi.
Cabang itu turut memilih Nurul Izzah Anwar untuk mengisi jawatan Naib Presiden dengan jumlah 498 undi.
Sementara itu, Ketua Cabang Kota Kinabalu, Datuk Christina Liew berjaya mempertahankan jawatannya selepas memperoleh sebanyak 541 undi mengatasi pesaingnya. – UTUSAN ONLINE

Rafizi Dipukul

Pencabar timbalan presiden PKR Rafizi Ramli berkata diserang di Keningau, Sabah tengahari tadi.
Rafizi memberitahu Malaysiakini seorang lelaki mendekatinya dari tepi dan memukul kepalanya ketika beliau sedang meninggalkan pusat pengundian sekitar jam 4 petang tadi.
“Saya dikelilingi sekumpulan orang tetapi dia (penyerang) tidak dapat berada terlalu dekat dengan saya. Dia pukul saya di kepala sedikit tetapi tiada kecederaan.
“Malah, kejadian itu berlaku di hadapan semua orang, termasuklah anggota polis. “Saya akan membuat laporan polis terhadapnya,” jelas Rafizi.
Rafizi juga mendakwa pengundian di Keningau dibatalkan kira-kira sejam sebelum ditutup menyebabkan kekecohan di kalangan anggota parti yang menunggu sejak pagi tadi.
VIDEO:

Tuesday, 23 October 2018

Beri Bumiputera Lesen Kasino Agar Mampu Saing

Beri Bumiputera Lesen Kasino Agar Mampu Saing

BEKAS menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan agar lesen pusat judi dan penjualan alkohol diberi kepada bumiputera agar dapat bersaing dengan kaum lain dari segi ekonomi.

Dalam tulisan di blognya hari ini, Zaid berkata bahawa salah satu faktor utama orang Melayu ketinggalan berbanding kaum lain dalam pelbagai bidang adalah disebabkan dasar bersifat diskriminasi yang diperkenalkan kerajaan.
“Saya menyokong dasar yang tidak bersifat diskriminasi yang membolehkan bumiputera turut serta dalam perniagaan menjual produk tidak halal yang memberi pulangan lumayan dan banyak di negara ini.
“Kenapa tidak beri lesen kepada bumiputera untuk buka kasino, pusat hiburan, aktiviti judi dan penjualan alkohol?
“Sektor itu merupakan sumber ekonomi yang besar yang melibatkan berbilion ringgit namun orang Melayu dihalang turut serta. Bagaimana orang Melayu muslim akan mampu menyaingi (kaum lain dari segi ekonomi)?” katanya.
Tambah Zaid, perniagaan seumpama menyumbang kepada ekonomi kaum Cina yang kemudian membuka peluang kepada mereka melabur dalam hartanah.
“Orang Melayu mengeluh bahawa mereka telah hilang tanah mereka dan tak mampu beli rumah kos rendah. Kenapa orang Melayu tidak diberi peluang sama seperti Cina agar mereka boleh buat duit dan lindungi tanah mereka?
“Perniagaan ini adalah berdosa, sudah tentu, tapi sejak bila kerajaan diberikan mandat di bawah perlembagaan untuk melindungi orang Melayu daripada dosa?” katanya.
Sebaliknya, kata Zaid, tugas kerajaan adalah memastikan semua rakyat dapat merasai kekayaan dan kemakmuran negara.
Zaid berkata, orang Melayu yang tidak “tersinggung” dengan perniagaan seumpamanya perlu diberi lesen untuk terlibat dalam perniagaan itu, dengan memberi contoh di Labuan dan Langkawi.
“Sesetengah orang Melayu mudah tersinggung, tapi kita tidak harus menguruskan negara mengikut perasaan semata-mata. Kenapa tidak buka kasino di Labuan dan Langkawi yang dioperasikan oleh orang Melayu?
“Tidak masuk akan kita boleh terima kasino besar di Genting tapi menganggapnya ‘kurang berdosa’ tapi menghalang kasino kecil lain di tempat lain.
“Bumiputera dan orang Melayu yang tidak tersinggung dengan aktiviti ini perlu diberi lesen operasi. Adakah kerajaan ketika ini akan mengambil pendekatan ini? Mungkin tidak, tapi mereka terus mengeluh bahawa Melayu ketinggalan,” katanya. – www.malaysiakini.com
*Sekadar Video Hiasan..

Monday, 15 October 2018

Siti Kasim digantung dari Facebook selama 30 hari





PETALING JAYA: Peguam dan aktivis Siti Kasim serta aktivis sosial Mujahidn Zulkiffli digantung sementara dari Facebook kerana mendedahkan maklumat peribadi berkaitan saman Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ya saya kena banned dari facebook kerana dedahkan maklumat peribadi Anwar, tetapi maklumat itu sebenarnya memang sudah ada dalam internet.
“Saya tak faham kenapa Facebook banned saya dan Mujahidin. Akaun miliknya digantung 24 jam manakala saya selama 30 hari kerana dikatakan melanggar polisi Facebook,” ujarnya kepada The Star pada Isnin.
Siti berkata, dia tidak dibenarkan membuat apa-apa posting di Facebook bermula Sabtu lalu dan beranggapan ia berlaku disebabkan laporan yang dibuat orang ramai.
Ujarnya, pihak Facebook sepatutnya membuat siasatan terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan sedemikian.
“Akaun Facebook saya digantung kerena mendedahkan maklumat peribadi dan ia melanggar standard komuniti Facebook biarpun ia diperolehi secara sah menerusi sumber awam.
“Nombor pendaftaran kereta dan nombor kad pengenalan bukanlah rahsia kepada orang awam kerana dia sendiri pernah berhadapan kes mahkamah beberapa kali,” ujarnya lagi.
Mujahidin yang mendakwa dirinya merupakan pengarah urusan New Malaysia Times berkata, dia hanya menggunakan SMS dan membayar RM0.50 sen untuk mendapatkan maklumat tersebut.
Menerusi posting yang dibuat olehnya, Mujahidin turut mendedahkan isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mempunyai empat saman tertunggak manakala Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali mempunyai dua saman.
Tambahnya lagi, Rafizi Ramli pula mempunyai 22 saman tertunggak berjumlah RM8,730.

Najib, netizen kritik Dr. Maszlee



Najib, netizen kritik Dr.




DR. MASZLEE MALIK
DR. MASZLEE MALIK








KUALA LUMPUR 15 Okt. - Rata-rata netizen mengkritik kenyataan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berhubung kajian yang sedang dilakukan kementerian berhubung isu warna stoking sekolah.
Majoriti netizen menganggap isu tersebut terlalu remeh untuk dipandang serius oleh individu yang bergelar menteri dan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Hal tersebut turut mendapat perhatian bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan Mazlee ‘berpandangan jauh’.
“Menteri Pendidikan kita berpandangan jauh. Saya tidak faham mengapa ada yang mengkritik dia.
“Warna kasut dan stoking sebenarnya penting dalam perkembangan serta pembentukan pelajar yang sempurna,” katanya dalam status Facebook beliau, hari ini.
Sementara itu, netizen yang dikenali sebagai Zati Rahayu mempertikaikan kenyataan Maszlee itu kerana banyak lagi isu yang lebih besar perlu diselesaikan.
“Silibus anak-anak sekolah rendah yang patut dikaji dulu. Titik beratkan silibus pendidikan Islam, pasti banyak perkara boleh diselesaikan!,” katanya.
Maszlee dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan ke Jabatan Perubatan Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini hari ini berkata, isu mengenai warna stoking akan diputuskan Kementerian Pendidikan selepas perbincangan dengan pihak berkepentingan selesai.
Sementara itu, Gelaran Nama Diberi mentertawakan sikap menteri kerajaan PH.
“Makin menjadi-menjadi menteri sekarang,” katanya.
Bagi Amri Omar pula, kerajaan sepatutnya melihat masalah sosial yang semakin teruk dalam kalangan murid sekolah.
“Berlambak gejala sosial di sekolah patut difikirkan, isu stoking jadi mangsa,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Sunday, 14 October 2018

Video tular aksi berlagak KJ bila bersalam dengan Menteri Belia dan Sukan, YB Saddiq



KJ beri penghormatan sambut atlet paralimpik

Walaupun tidak lagi bergelar menteri belia dan sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui beliau masih mengambil berat mengenai perkembangan semasa atlet paralimpik negara.
Beliau menjelaskan hubungannya dengat atlet paralimpik negara adalah rapat sejak menyandang jawatan berkenaan di bawah kepimpinan kerajaan terdahulu.
“Sepanjang menjadi menteri, saya banyak terlibat dengan mereka (atlet paralimpik) dan telah bersama-sama dengan mereka sejak muda lagi.
“Jadi, oleh kerana saya tak dapat pergi ke (Sukan Para Asia) di Jakarta baru- baru ini, saya ambil kesempatan hari ini untuk beri penghormatan kepada mereka di sini,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum menyambut kepulangan kumpulan terakhir atlet paralimpik negara, di Sepang, malam ini.
Selain Khairy, ketibaan atlet paralimpik turut disambut oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, serta pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) dan ahli keluarga atlet paralimpik masing-masing.

Rangkul 17 emas Sukan Para Asia 2018

Pada masa sama, Khairy, yang merupakan anggota Parlimen Rembau, turut menzahirkan ucapan tahniah terhadap kejayaan kontinjen paralimpik negara yang berjaya meraih 17 pingat emas pada Sukan Para Asia 2018.
“Tahniah kepada kontinjen para negara kerana telah mencatat dan mencapai prestasi terbaik negara dalam sejarah sukan para Asia.
“Ini adalah satu kejayaan yang luar biasa dan kejayaan ini menandakan sukan para negara semakin meningkat dari segi prestasi dan pencapaiannya sekali gus memberi petanda baik untuk ke Sukan Paralimpik 2020 yang akan berlangsung di Tokyo nanti,” jelas Khairy.
Malaysia menamatkan cabaran Sukan Para Asia 2018 di kedudukan kelapan dengan meraih 17 emas, 26 perak dan 25 gangsa, sekali gus mengatasi pencapaian pada edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan dengan kutipan 15 emas, 20 perak dan 27 gangsa.
– Bernama

Aksi berlagak KJ bila bersalam dengan  YB Saddiq

Tular sebuah video KJ tidak memandang  muka ketika  bersalam dengan Yb Syed Saddiq. Dalam video tersebut Yb Syed Saddiq bersalam dengan  semua tetamu yang hadir, tetapi  ketika Yb Syed Saddiq menghulurkan tangan bersalam dengan KJ, dia hanya menghulurkan tangan dan berpaling muka seolah2 tidak hormat kepada Menteri Belia dan sukan itu. Kejadian tersebut berlaku  ketika  sebuah acara menyambut ketibaan atlet paralimpik .
Selain KJ, acara tersebut turut disambut oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, serta pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) dan ahli keluarga atlet paralimpik masing-masing.
VIDEO:

Sunday, 9 September 2018

(Video) Kantoi rakam bawah skirt, pegawai Timbalan Menteri KDN dipecat serta-merta



Sudah dilantik, tetapi buat onar dan menabur pasir di periuk nasi sendiri sambil berkata "kurr.. kurr... kurr..". Itulah yang berlaku pada seorang pegawai kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri yang video perbuatan kejinya viral di media sosial semalam. 

Menurut laporan media, kejadian itu berlaku pada 8 September di sebuah kedai cermin mata di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, di mana lelaki yang mengiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Aziz Jamman yang merakam video bawah skirt kakitangan premis, tersebut yang sedang memeriksa mata Azis Jamman. 

Berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa, Khee, Azis bersama pegawainya datang ke premis itu pada jam 11 pagi untuk membuat pemeriksaan mata. 

Pada awalnya, lelaki terbabit beralih tempat duduknya mendekati belakang mangsa yang kemudian mengeluarkan telefon bimbitnya seakan membuat rakaman dari bawah skirt mangsa. "Ketika itu saya merasa tidak selesa dan curiga dengan tindakannya, namun membiarkan kerana menjalankan tugas pemeriksaan mata terlebih dulu. 

"Namun, perasaan curiga saya itu betul apabila mendapati lelaki itu sedang mereakam bahagian bawah skirt saya berdasarkan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai," katanya. 

Terkejut dengan rakaman itu, Khee membuat laporan polis semalam dan Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy mengesahkan menerima laporan tersebut dan pihaknya sedang menyiasat kes berkenaan. 

Sementara itu. Azis melalui kenyataan medianya disiarkan melalui Facebook berkata, beliau mengambil maklum mengenai kejadian itu dan mengutuk perbuatan pegawai terbabit. 

"Tindakan dan perbuatan sedemikian adalah terkutuk dan keji. Saya juga mengambil keputusan untuk bertindak tegas terhadap pegawai tersebut yang membuat rakaman itu. 

"Selepas membuat pertimbangan, keputusan untuk memecat pegawai tersebut dibuat serta-merta kerana tindakan tersebut yang menjejaskan imej dan kredibiliti saya selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri dan pejabat Timbalan Menteri. 


"Saya memohon maaf atas tindakan pegawai tersebut dan ia tidak ada kena mengena dengan pegawai-pegawai lain dalam pejabat Timbalan Menteri yang sedang bertugas dengan saya," katanya. 

Sumber: Harian Metro, OH.MY Parlimen, MalaysiaKini

Saturday, 18 August 2018

Bukan Orang Buta Je Yang Takde Kaki Ke Takde Tangan Pun Sama. Kecoh Di Area Bukit Bintang



Busking, ada sesetengah orang yang jadikan bermain busking di khalayak ramai sebagai satu hobi tetapi ada juga yang mencari rezeki dengan busking. Mereka biasanya akan berkumpul di tempat yang mempunyai ramai orang dan jika anda ke Kuala Lumpur tempat tumpuan untuk melihat busking ini adalah di kawasan SOGO berhampiran Jalan TAR dan di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Memang tidak dinafikan kepada yang mencari rezeki melalui busking amat la sukar kerana bukan semua yang datang melihat akan memberikan sumbangan tetapi kumpulan busking ini akan terus membuat busking di kawasan itu.

Jika anda rajin ke kawasan yang ada busking pasti anda akan terlihat ada yang insan OKU terutama kurang atau tiada daya penglihatan membuat persembahan. Aktiviti busking biasanya akan bermula dari lewat petang sehingga lah ke pagi. Sekiranya hari minggu atau hari cuti ada kalanya kumpulan busking ini akan membuat persembahan sehingga lewat pagi.

DBKL Rampas Barang Busking

Tular di media sosial menunjukkan pegawai dari Bandaraya datang untuk merampas set alatan busking dan kebetulan set itu kepunyaan warga OKU. Pemilik dan pegawai DBKL mula bertukar ayat kenapa barang busking harus dirampas?

Amaran Telah Diberi

Pegawai DBKL memberitahu bahawa ini bukan kali pertama mereka beri amaran untuk tidak membuat busking sekiranya tiada permit. Permit harus dipohon di pejabat DBKL dan mereka harus datang bengkel dan ianya dalam bajet kerajaan dan mereka hanya perlu minta dan datang ke kursus.


Pegawai memaklumkan bahawa mereka tidak akan pilih kasih. Samada ahli busker itu OKU atau tidak sekiranya mereka tidak mengikuti peraturan, tindakan pasti akan diambil.

Aduan Dibuat

Ahli kumpulan busking itu mula membuat aduan kenapa barang mereka dirampas. Pegawai DBKL memberitahu bahawa banyak aduan telah dibuat dan aduan itu datang dari kedai kedai disekeliling kawasan mereka busking dan ada antaranya adalah dari orang awam. Pegawai tersebut menyatakan aduan terlalu banyak untuk mereka tidak endahkan. Pegawai meminta ahli busker untuk meminta permit dan datang ke bengkel untuk tahu cara dan prosedure yang betul untuk membuat persembahan busking.

Video Penuh Di Bawah.


Pihak DBKL harus mengambil serius tentang hal ini kerana kumpulan busking ini selalunya menarik perhatian pengunjung dan biasanya bila ramai pengunjung kedai kedai terutama kedai makan akan ada peluang tinggi untuk pelanggan. Mudahkan urusan mereka terutama yang OKU kerana tidak semua tahu proses atau mampu untuk pergi meminta permit. Perkara rampasan seperti ini tidak sepatutnya terjadi.

Sumber: buletinnetizen.com

Tuesday, 29 May 2018

Kerajaan tarik balik pegawai, polis pengiring Najib


SEMUA pegawai keselamatan, polis pengiring dan pegawai bantuan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditarik balik oleh kerajaan, hari ini.
Najib melalui status Facebook rasminya memaklumkan semua anggota terbabit yang bertugas dengannya di Pejabat Perdana Menteri dan kediaman rasmi di Seri Perdana, Putrajaya, ditarik balik oleh kerajaan baharu kecuali seorang pegawai ADC.
“Hari ini, saya membalas tabik hormat dan mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan pengawal pengiring, Unit Tindakan Khas, polis pengiring dan pegawai yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan dan bantuan kepada saya dan keluarga sama ada di Pejabat Perdana Menteri serta di kediaman rasmi Seri Perdana.
“Sejak beberapa minggu ini, semua pegawai keselamatan, polis pengiring serta pegawai bantuan yang ditugaskan kepada saya sudah ditarik balik oleh kerajaan baharu kecuali seorang pegawai ADC (Aide De Camp).
“Tak dapat dinafikan, mereka berselubung emosi dan ada yang menitiskan air mata ketika kami berlafaz kata
perpisahan.
“Saya dan keluarga tidak akan lupakan jasa, persahabatan dan kesetiaan mereka sepanjang sembilan tahun ini, termasuk mereka yang sudah berjasa kepada kami selama 14 tahun ketika saya masih Timbalan Perdana Menteri,” katanya.
Najib turut mengucapkan selamat maju jaya dan berharap mereka akan terus berkhidmat kepada kerajaan baharu dengan dedikasi dan kesetiaan yang sama ketika bersamanya.
“Saya juga mohon kerajaan baharu supaya sentiasa menjaga kebajikan mereka kerana mereka adalah anggota dan pegawai berdedikasi yang akan berkhidmat kepada kerajaan hari ini dengan penuh kesetiaan,” katanya.

Monday, 28 May 2018

'Kita ada hutang RM1 trilion, kenapa perlu bebankan negara lagi?' - Peguam lapor SPRM, dakwa Mat Sabu salah guna pesawat tentera



Seorang peguam membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mendakwa Menteri Pertahanan, Mohammad Sabu telah menyalahgunakan aset tentera untuk lawatan ke Butterworth, Sabtu lalu, lapor Free Malaysia Today. 

Abu Backer Sidek Mohamad Zan berkata, dia tidak menentang Mohammad Sabu atau Mat Sabu menghadiri majlis berbuka puasa di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pulau Pinang, sebelum ke Tasek Gelugor, kampung halamannya yang terletak berdekatan untuk satu majlis lain, tetapi menyifatkan penggunaan aset tentera untuk tujuan itu sebagai pembaziran. 

Menurut Backer, setiap penerbangan pesawat TUDM Airbus A400M menelan kos sekurang-kurangnya AS$50,000 (RM199,125). 

Mat Sabu ditemani isterinya, Normah Alwi dan bersama pemimpin atasan pasukan tentera menaiki pesawat berkenaan pada jam 5.15 petang untuk menghadiri majlis berbuka puasa dengan warga TUDM di Pangkalan Udara TUDM Buterworth. 

Mat Sabu kemudian menghadiri satu lagi majlis berbuka pausa di Kampung Guar Petai, Tasek Gelugor. 

Backer mendakwa, TUDM menganjurkan majlis berbuka puasa itu bagi mewajarkan penerbangan tersebut, sedangkan mereka boleh saja menaiki pesawat komersial kelas pertama atau perniagaan. 

"Ia sekadar satu alasan. Saya rasa ia terlalu mahal. Jika anda mahu terbang ke Pulau Pinang, anda tidak perlu membelanjakan AS$50,000. Anda boleh menaiki pesawat komersial kelas pertama atau perniagaan. Lebih baik jika anda memandu ke sana dengan pengiring tentera. 

"Kita ada hutang RM1 trilion, kenapa kita perlu membebankan negara lagi?" kata Backer yang juga menjelaskan kos AS$50,000 itu diperolehi dari pemberi maklumat dari dalam industri pesawat yang mengambil kira kos bahan api dan operasi di darat. 



Backer membuat laporan di ibu pejabat SPRM Putrajaya pagi semalam dan menggesa pihak berkenaan menyiasat kemungkinan berlakunya penyalahgunaan aset tentera. Malah Backer turut meminta Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan juga Ketua Pasukan Tentera serta TUDM disiasat berhubung perkara itu. 

Selain itu, Backer turut menggesa SPRM menyiasat menteri pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang didakwa menyalahgunakan aset tentera ketika memengang jawatan itu. 

Backer mendakwa, penerbangan ke Butterworth dengan pesawat tentera itu mungkin satu bentuk 'ampu' oleh jeneral untuk melanjutkan kontrak mereka yang hampir tamat. 

“Untuk Mat Sabu pula, saya pasti anda amat teringin menaiki pesawat (tentera). Tetapi, biarlah untuk alasan rasmi, bukan balik kampung.”

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...