Terra2

Saturday, 18 August 2018

Bukan Orang Buta Je Yang Takde Kaki Ke Takde Tangan Pun Sama. Kecoh Di Area Bukit Bintang



Busking, ada sesetengah orang yang jadikan bermain busking di khalayak ramai sebagai satu hobi tetapi ada juga yang mencari rezeki dengan busking. Mereka biasanya akan berkumpul di tempat yang mempunyai ramai orang dan jika anda ke Kuala Lumpur tempat tumpuan untuk melihat busking ini adalah di kawasan SOGO berhampiran Jalan TAR dan di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Memang tidak dinafikan kepada yang mencari rezeki melalui busking amat la sukar kerana bukan semua yang datang melihat akan memberikan sumbangan tetapi kumpulan busking ini akan terus membuat busking di kawasan itu.

Jika anda rajin ke kawasan yang ada busking pasti anda akan terlihat ada yang insan OKU terutama kurang atau tiada daya penglihatan membuat persembahan. Aktiviti busking biasanya akan bermula dari lewat petang sehingga lah ke pagi. Sekiranya hari minggu atau hari cuti ada kalanya kumpulan busking ini akan membuat persembahan sehingga lewat pagi.

DBKL Rampas Barang Busking

Tular di media sosial menunjukkan pegawai dari Bandaraya datang untuk merampas set alatan busking dan kebetulan set itu kepunyaan warga OKU. Pemilik dan pegawai DBKL mula bertukar ayat kenapa barang busking harus dirampas?

Amaran Telah Diberi

Pegawai DBKL memberitahu bahawa ini bukan kali pertama mereka beri amaran untuk tidak membuat busking sekiranya tiada permit. Permit harus dipohon di pejabat DBKL dan mereka harus datang bengkel dan ianya dalam bajet kerajaan dan mereka hanya perlu minta dan datang ke kursus.


Pegawai memaklumkan bahawa mereka tidak akan pilih kasih. Samada ahli busker itu OKU atau tidak sekiranya mereka tidak mengikuti peraturan, tindakan pasti akan diambil.

Aduan Dibuat

Ahli kumpulan busking itu mula membuat aduan kenapa barang mereka dirampas. Pegawai DBKL memberitahu bahawa banyak aduan telah dibuat dan aduan itu datang dari kedai kedai disekeliling kawasan mereka busking dan ada antaranya adalah dari orang awam. Pegawai tersebut menyatakan aduan terlalu banyak untuk mereka tidak endahkan. Pegawai meminta ahli busker untuk meminta permit dan datang ke bengkel untuk tahu cara dan prosedure yang betul untuk membuat persembahan busking.

Video Penuh Di Bawah.


Pihak DBKL harus mengambil serius tentang hal ini kerana kumpulan busking ini selalunya menarik perhatian pengunjung dan biasanya bila ramai pengunjung kedai kedai terutama kedai makan akan ada peluang tinggi untuk pelanggan. Mudahkan urusan mereka terutama yang OKU kerana tidak semua tahu proses atau mampu untuk pergi meminta permit. Perkara rampasan seperti ini tidak sepatutnya terjadi.

Sumber: buletinnetizen.com

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...