Terra2

Tuesday, 6 August 2019

Meninggal dunia ketika melahirkan anak, jenazah ibu ini ‘pergi’ dalam keadaan tersenyum

Seorang ibu mempunyai kedudukan yang istimewa di sisi Allah, sehinggakan seorang ibu yang meninggal dunia ketika melahirkan dengan izinNya, dikategorikan sebagai mati syahid.
Begitulah yang berlaku kepada seorang ibu dari Indonesia, dikhabarkan telah meninggal dunia ketika melahirkan bayi keduanya, apa yang menjadi perhatian adalah, keadaan jenazahnya tersenyum membuatkan ramai tersentuh.

Jenazah tersenyum, wajah berseri-seri…


Mungkin inilah yang dikatakan khusnul khatimah, keadaan jenazah seakan sedang tidur, wajahnya kelihatan amat tenang dan cantik sekali.

Nama serupa dengan ibu…

Namun, perkongsian daripada suami arwah telah mengundang pilu, apabila dia menamakan bayi perempuannya, sama seperti nama arwah isterinya iaitu, Divani Putriami Al-Ghani.

“Maaf bunda, nama Putri kita, pakai nama bunda saja, Divani Putriami, gak apa2 kan? Sebab gak pandai cari nama yang indah, sebab semua keindahan sudah bunda ambil…”

Bagai berganti nyawa, mungkin bayi ini tidak sempat merasai kasih seorang ibu, namun yang pasti darah yang mengalir dalam tubuhnya, datang daripada seorang wanita syahid.

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...