Isu pelaksanaan tulisan Jawi di semua sekolah termasuk SJK Cina dan SJK Tamil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjadi perdebatan ramai pihak.
Keputusan itu turut membabitkan pengenalan seni khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pembelajaran murid Tahun 4 pada tahun hadapan.
Sebanyak 12 pertubuhan pendidikan Cina dan Tamil menolak keputusan tersebut dan mendakwa bahawa pengenalan tulisan khat bagi murid di dua aliran sekolah terbabit tidak bertepatan keperluan sebenar pembelajaran Bahasa Melayu.
Isu ini menjadi semakin panas apabila seorang ahli perniagaan negara bergelar Tan Sri turut membantah keputusan tersebut dengan cara protes yang didakwa keterlaluan sehingga menimbulkan kemarahan ramai netizen.
Menerusi status yang dimuat di Facebook beliau, warna putih pada jalur gemilang telah ditukar dengan warna hitam dengan alasan berinspirasikan warna kasut hitam yang diperkenalkan oleh KPM sebelum ini.
Perkara tersebut disifatkan sebagai tidak sensitif oleh netizen dan tidak menghormati bendera kebangsaan. Berikutan itu, status tersebut telah dipadam serta-merta malah permohonan maaf juga telah dikeluarkan oleh beliau.
Beliau mengakui kesilapannya dan berharap agar generasi muda tidak mengulangi kesilapan sama.
“Saya telah membetulkan semula grafik bendera Malaysia kepada grafik asal dan memastikannya untuk tidak bertukar lagi.
”Saya ingin menasihatkan kepada generasi akan datang, berdasarkan pengalaman saya, jangan sama sekali menukar warna pada grafik atau fizikal bendera,” katanya.
Sumber : Facebook
No comments:
Post a Comment