Sejak semalam, tular sebuah video di laman media sosial memaparkan seorang lelaki bertindak melanggar seorang pengawal keselamatan wanita, selepas berang dirinya ditegur meletakkan kereta di parkir teksi.
Kejadian berlaku di Hospital Seberang Jaya, Prai, Penang. Difahamkan, lelaki terbabit telah ditegur sebanyak dua kali oleh pengawal keselamatan wanita tersebut supaya tidak meletakkan kenderaan disitu.
Lebam betis kena langgar…
Mangsa yang hanya menjalan tugas telah dilemparkan dengan kata-kata kesat oleh lelaki itu tersebut kerana gagal mengawal emosi sehingga tercetusnya pergaduhan antara mereka.
Akibat daripada itu, pengawal keselamatan wanita yang berusia 43 tahun, mengalami lebam di betis kiri selepas dilanggar oleh suspek, telah membuat laporan polis.
Tindakan biadap lelaki itu telah mengundang kecaman netizen apabila aksinya sempat dirakam oleh orang awam dan kemudiannya dimuat naik di media sosial sehingga tular.
Berikutan itu, suspek telah datang menyerah diri dan menjelaskan kejadian yang berlaku. Beliau memberitahu, pada hari tersebut dia membawa bapanya yang lumpuh ke hospital tersebut dan membuatkan dia terpaksa meletakkan kenderaanya di situ.
Sumber : Harian Metro
No comments:
Post a Comment