Terra2

Thursday, 4 July 2019

(Video)Budak 2 tahun keluar seorang diri, satu rumah tak perasan,kalau orang jahat jumpa habis la.



Jika sebelum ini tular mengenai kes seorang bayi diletakkan dalam kereta sorong tertinggal di pasaraya, terbaru pula ada rakaman menunjukkan seorang anak kecil dalam lingkungan 2 tahun berjalan seorang diri.
Menerusi satu rakaman yang dibuat oleh seorang lelaki, dia secara tidak sengaja telah terjumpa kanak-kanak tersebut berjalan seorang diri dengan berkaki ayam di tengah jalan raya.

Ini anak siapa pulak?

Dapat diperhatikan, kanak-kanak itu sedang menangis dan berjalan tanpa arah tuju, dengan keadaan kira kanan jalan yang merupakan hutan serta semak samun, boleh 
mendatangkan pelbagai bahaya.

Nasib bukan orang jahat yang jumpa

Kanak-kanak itu masih tidak boleh bercakap, menyebabkan lelaki itu terpaksa bertanyakan kepada penduduk di kawasan tersebut jika ada yang mengenali keluarga anak kecil tersebut.
Hasil daripada maklumat penduduk sekitar yang diterima, lelaki berkenaan akhirnya berjaya menemui rumah keluarga kanak-kanak itu.




Nenek ade di belakang, tak perasan bila cucu keluar

Difahamkan, kanak-kanak terbabit tinggal bersama neneknya dan turut kelihatan di dalam rumah tersebut beberapa individu lain yang dipercayai saudara terdekat, dimana sorang pun tidak perasan mengenai kehilangannya.
Menurut nenek mangsa, ketika kejadian dia sedang melakukan kerja di belakang rumah, membuatkan tidak sedar bahawa cucunya itu telah keluar daripada rumah bersendirian.


Terima kasih brader yang baik hati

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut, menzahirkan rasa syukur dan memuji tindakan murni lelaki yang menjumpai kanak-kanak tersebut.

Buat anak saja tahu, jaga anak tak tahu…

Pintu kena sentiasa tutup, berhati2 sapa yang ada anak kecik tu

Ni kes tokwan kena jaga ramai cucu, sampai sorang keluar tak perasan

Sementara itu, ada yang beranggapan bahawa ibu bapa kanak-kanak tersebut bekerja, justeru nenek yang sudah uzur terpaksa menjaga cucu.
Siapa yang tidak sayangkan anak, namun sayang sahaja tidak cukup, ibu bapa atau penjaga perlulah lebih peka dengan keadaan sekeliling supaya keselamatan anak lebih terjamin.
Sumber : Anak Felda

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...