Terra2

Wednesday, 3 July 2019

Pak cik tua dicaj 2 ribu untuk kebumi jenazah isteri, lelaki ini tampil hulur bantuan



Kematian orang tersayang adalah satu perkara yang sangat menyedihkan dalam hidup. Siapa sangka, orang yang paling rapat dan sentiasa ada dengan kita dalam apa keadaan sekalipun terlebih dahulu bertemu Illahi.
Lebih menyakitkan apabila kita tidak mampu untuk menyempurnakan majlis pengebumian dengan sewajarnya. Hal tersebut telah dikongsi oleh seorang individu yang kerap tular membantu golongan dalam kesusahan iaitu Encik Mohd. Zulhairi Zainol.

Kena caj sampai RM2000!

Dia yang menyediakan perkhidmatan percuma bagi menguruskan jenazah golongan susah telah mendapat berita bahawa seorang warga emas dikenakan caj sebanyak RM2000 untuk menguruskan mayat isterinya. Dalam keadaan sedih kematian isteri, dia diduga pula dengan masalah kewangan.

Hanya mampu bayar duit kubur je

Menurutnya, RM2000 itu terlalu mahal pak cik itu kerana dia bukan golongan berkemampuan. Jadi, Zulhairi telah menguruskan segala kelengkapan dari memandikan, mengkafankan dan menjadi imam untuk jenazah isteri lelaki tua itu. Cuma RM450 untuk  pengebumian jenazah isterinya dibayar oleh lelaki tersebut.

Takziah buat seluruh anggota keluarga

Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata netizen telah meninggalkan pelbagai maklum balas di Facebook Zulhairi. Mereka begitu terharu dengan pertolongan yang diberikan kepada pak cik tersebut dan begitu tersentuh melihat keadaan lelaki tua yang baru kematian isteri.
Netizen turut mendoakan agar jenazah isteri pak cik itu diletakkan dalam kalangan orang beriman dan ahli keluarganya terus tabah menempuh dugaan ini.

Dikala orang bersedih, masih ada yang ambil kesempatan



Hanya Allah sahaja dapat membalas

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...