Terra2

Friday, 5 July 2019

“Tenanglah Inara Di Syugra,” Baru 5 Hari Lihat Dunia, Lelaki Kongsi Detik Pilu ‘Perginya’ Bayi Di Hari Jumaat Mulia

Gambar Hiasan
Seperti biasa, saban hari kita dipaparkan dengan berita kemalangan tidak kira di media sosial mahupun cetak. Malah, statistik kemalangan  yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia dikatakan meningkat dari tahun ke tahun. Walaupun setelah pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengurangkan terjadinya insiden ini.
Dari kempen kesedaran hinggalah ke penguatkuasaan undang-undang sudah dibuat. Tetapi benar bak kata pepatah, malang tidak berbau, kita tak tahu bila ianya bakal terjadi. Yang kita mampu hanyalah berwaspada dan berdoa supaya segalanya dipermudahkan dan keselamatan kita dilindungi.
Namun jika sesuatu perkara itu telah ditetap berlaku maka ia akan tetap terjadi. Tidak lambat atau cepat hatta sesaat pun. Seorang pengguna Facebook telah menulis hantaran, menceritakan satu kemalangan yang terjadi tengahari tadi. Menurutnya:

Mengalir air mata dari lokasi sampai ke ipoh.

Time aku lalu baru jadi dalam 5minit.
Jarang aku nak berenti kalau ada accident ni. Tp disebabkan ternampak ada baby dekat bahagian penumpang kenderaan berwarna biru tu aku berenti jugak.
Bila sampai aku tanya ayah baby tu. Baby okey tak?
Dia cakap baby tak sedar. Aku mintak izin nak cek baby tu. Bibir dah biru.
Gambar: Amirul Azuan
Terus bukak helmet mintak izin nak CPR.
First 2 minute muka baby dah start merah. Tapi no sign of life. Aku terus CPR lagi, then baby tu muntah. Sama jugak still tak bernafas. Dah clearkan airways pun sama. Then aku teruskan lagi lebih dari 10 minit. Baby dah start biru balik.

Allahu. Lagi sedih bila ayah dia mintak aku sedarkan anak dia. Aku tak kuat nak hadap.

Aku toleh belakang ada brader tu mintak nak sambung CPR.
Aku terduduk dekat tepi divider tu.
Ayah dia takde injurt pun. Mak dia pecah mulut sebab airbag. Baby tu baru umur 5 hari. Dah nak sampai rumah nenek dia dah pun. Tapi ajal dia sampai dulu.
Gambar: Amirul Azuan
Siapa yang ada baby tu tolong la letak dalam carseat.
Kalau tak mampu jangan duduk depan. Duduk belakang pakai seatbelt. Yes, airbag tu selamatnya nyawa mak dia, but not the baby.
Tenanglah baby Inara di syurga. Uncle mintak maaf, uncle dah try semampu yg boleh. Tapi Allah lebih sayangkan Inara.
Sumber: Amirul Azuan

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...