Tuhan merahsiakan 3 perkara daripada manusia iaitu rezeki, jodoh, dan maut
- Image viaamazonaws.com
- Manusia hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya. Tidak ada seorang pun yang boleh mengubah mahupun menghalangnya, lebih-lebih lagi ajal.
Allah berfirman dalam Surah An-Nisa' ayat 78 yang bermaksud:
"Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendati pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh."
- Seorang gadis menerusi Twitter telah berkongsi satu kisah yang begitu meruntun hati mengenai ajal yang menimpa anak dan isteri kepada sepupunya yang dipanggil 'abang'
- Image viaTwitter @Noorfatimah99
- Gadis tersebut @Noorfatimah99 atau Fatimah menceritakan sepupunya itu kehilangan dua insan tersayang dalam masa 3 hari sahaja.
Pada mulanya, bayi yang dikandung 7 bulan di dalam perut isterinya disahkan meninggal dunia. Tiga hari kemudian, isterinya pula mengikut jejak anaknya itu tanpa disangka-sangka.
- Menurut Fatimah lagi, ajal maut isterinya itu seakan-akan sudah ada tandanya menerusi mimpi si ibu
- Dalam mimpi itu, ibunya meminta untuk membuang segala wayar yang ada pada tubuhnya, malah dia juga mengeluh sakit dan sudah tidak tahan lagi.
- Lebih menyedihkan, mereka berdua tidak sabar menunggu kelahiran cahaya mata pertama mereka dalam masa 2 bulan sahaja lagi
- Siapa sangka, kegembiraan menanti cahaya mata sulung bertukar menjadi air mata hiba buat 'abang'.
- "Doakan abang kuat," tulis Fatimah
- Warga Twitter masing-masing meluahkan rasa simpati dan takziah atas pemergian kakak ipar Fatimah dan anaknya
- Image viaTwitter @Noorfatimah99
- Image viaTwitter @Noorfatimah99
-
- Allah, sedihnya :'(
No comments:
Post a Comment