Sejak kebelakangan ini makin banyak kes melibatkan penganiayaan terhadap haiwan, manusia bagaikan sudah hilang rasa ihsan dan tergamak melakukan kekejaman terhadap makhluk lain.
Terbaru, tular di sosial media mengenai kisah seekor kucing menjadi mangsa melepaskan geram oleh seorang individu tidak bertanggungjawab sehingga, menyebabkan kucing malang tersebut mati.
Datang nak mencuri…
Menerusi satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan di Facebook, menunjukkan seorang individu menaiki motosikal jenis Modenas Kris, sedang berlegar-legar di sebuah kawasan kedai.
Menurut sumber, individu tersebut ada percubaan mahu mencuri kereta pemilik kedai makanan tersebut, selepas dia bertindak menyelongkar laci di kedai berkenaan untuk mendapatkan kunci kereta tetapi gagal.
Kucing jadi mangsa lepas geram…
Berang apa diinginkan tidak dapat, individu terbabit telah melepaskan rasa geramnya terhadap seekor kucing bernama ‘Bubu’ yang selalu berkeliaran di kawasan itu.
Kucing tersebut dipercayai dicampak dengan kuat ke dinding sehingga menyebabkan haiwan yang tidak berdosa itu parah dan kemudianya menemui ajal.
Bakal penghuni neraka!
Kejadian yang menimpa kucing tersebut nyata mengundang kemarahan netizen yang simpati dengan apa yang berlaku terhadap kucing malang tersebut.
Semoga dia kena lebih teruk daripada kucing tu
Kenapa manusia sekarang makin kejam?
Sumber : The reporter
No comments:
Post a Comment