Terra2

Monday, 24 June 2019

Dukung bayi sambil tolak motor, kisah lelaki bersama 3 orang anaknya ini buka mata seorang pengguna lebuhraya


Ujian kehidupan hidup yang dilalui oleh setiap manusia adalah tidak sama. Menghulurkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik ini mungkin dapat meringankan beban mereka.
Menerusi perkongsian di laman Facebook dikenali sebagai Azhar Rastam mengenai sebuah keluarga yang dijumpai di tepi jalan R&R Sungai Buloh. Menurutnya, kejadian terbabit berlaku semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Kenapa motor abg?”

Azhar Rastam, terlihat dari jauh seorang lelaki menolak motor dari R&R Sungai Buloh menuju ke arah selatan dengan isteri dan anak-anaknya. Kerana berasa simpati, Azhar terus memberhentikan kenderaannya dan tanya mengenai motor mereka.

Motor tengah rosak! Isteri pulak semput

Isterinya yang sedang menggendong bayi mereka yang berusia 10 bulan pula menjelaskan, dia perlu ke Hospital Sungai Buloh kerana diserang semput. Turut meruntun jiwa Azhar, si isteri turut menangis kerana kejadian yang dialami oleh keluarganya.

Azhar menyatakan, tidak lama kemudian terdapat dua orang yang berhenti untuk menolong keluarga terbabit. Dia kemudiannya meminta adik perempuannya untuk menghantarkan si isteri ke Hospital Sungai Buloh.

Tidur kat R&R dengan anak-anak

Salah seorang dari mereka menolong si suami berkenaan tunda motor sampai ke tempat kerjanya. Sementara menunggu bantuan dari adiknya, dia telah bertanyakan mengenai kondisi mereka sekeluarga.

Mengejutkan Azhar, si isteri menyatakan bahawa mereka sekeluarga sejak semalam lagi tidur di R&R Sungai Buloh.


Sudahlah tidur di R&R, mereka terpaksa menolak motor sejauh 2km! Tambahnya, anaknya pula yang sedang kehausan. Sangat menyedihkan!

“Ini ujian untuk aku…”

Kata Azhar Rastam, perkara ini malah merupakan ujian untuknya, bukan untuk keluarga terbabit. Baginya, ujian ini dapat menguji sejauh mana dirinya mampu untuk menolong orang yang memerlukan,


No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...