Empat hari berada di dalam longkang, begitulah tempoh yang terpaksa dilalui oleh seorang warga emas apabila terjatuh ke dalam longkang di Padang Jawa, Shah Alam.
Kejadian malang tersebut telah diceritakan oleh Rusma Samsudin menerusi laman Facebooknya. Dia dan suami yang merupakan peniaga gerai makanan, telah menyelamatkan lelaki ini.
Kesiannya, dah 4 hari ada dalam longkang!
Anak saudara bagitahu terjumpa orang dalam longkang…
Menurut Rusma, anak saudaranya yang berusia enam tahun telah memberitahunya menjumpai seorang lelaki yang berada di dalam longkang, atas maklumat tersebut dia dan suami serta dua pekerjanya telah pergi memeriksa longkang berkenaan.
longkang berkenaan, kami terkejut apabila melihat seorang lelaki agak berusia berada di dalam longkang itu. Kami ingat lelaki itu sudah ‘tiada’ apabila tidak menyahut ketika dipanggil. Namun, dia menggerakkan
kakinya tidak beberapa lama kemudian.”
longkang berkenaan, kami terkejut apabila melihat seorang lelaki agak berusia berada di dalam longkang itu. Kami ingat lelaki itu sudah ‘tiada’ apabila tidak menyahut ketika dipanggil. Namun, dia menggerakkan
kakinya tidak beberapa lama kemudian.”
Nasib baik, ada orang jumpa pak cik!
Pak cik dah jerit, tapi tak ada siapa dengar!
Menurut Rusma, keadaan lelaki ini amat lemah dan badannya dipenuhi lumpur, menyebabkan dia dan suami terus membawanya ke rumah bagi membersihkan badan serta memberinya makanan sebelum memanggil ambulans bagi pemeriksaan lanjut.
Selepas memberinya makanan, lelaki ini menjelaskan dia telah berada di dalam longkang selama 4 hari. Dia cuba meminta bantuan dengan menjerit, namun tiada siapa yang mendengar.
Terima kasih kak, kerana prihatin!
Muat naik tersebut telah mendapat perhatian netizen, mereka turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Rusma dan suami yang membantu lelaki ini.
Tindakan suaminya yang memandikan dan memberi makanan kepada warga emas ini telah dipuji ramai.
Jom kita bantu kedai akak ni pula!
Adik yang jumpa tu, wajar dipuji!
Netizen juga turut kagum dengan sikap anak saudara Rusma yang merupakan orang pertama menjumpai warga emas tersebut.
No comments:
Post a Comment