Terra2

Sunday, 30 December 2018

Nur Sajat bawa diri ke Dubai



Usahawan kecantikan Nur Sajat membawa diri ke Dubai bagi menyambung pelajarannya susulan kecaman terhadap spekulasi mengenai identiti gendernya.
"Bye bye Malaysia. Saya bawa diri, kerana banyak hentaman dan kecaman yang saya terima.
"Dengan ada saya sambung study ni membolehkan saya berfikiran lebih terbuka untuk masa akan datang," kata pada suatu hantaran di Instagram.
Sajat pada hantaran di media sosial itu turut menyertakan gambarnya di lapangan terbang menunggu pesawat berlepas ke Timur Tengah.
Pada catatannya, Sajat turut menyampaikan ucapan selamat kepada teman lelaki dan dua anak angkatnya.
Nur Sajat, 33, didenda oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 19 Disember lalu selepas mengaku salah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia.
Dokumen mahkamah menunjukkan pengenalan dirinya sebagai “Muhammad Sajjad Kamaruzzaman.”
Sajat kemudiannya menerima kecaman pada bahagian komen di semua saluran media sosialnya.
Selepas namanya menjadi perhatian ramai, Nur Sajat tampil menyanggah laporan yang mendakwa namanya ada kalimah "Muhammad".
"Nama saya bukan Muhammad Sajjad, tapi nama penuh saya Sajat Kamaruzzaman.
“Nama dalam IC hanya S...A...J...A...T... Kamaruzaman. Tak ada Muhammad pun," katanya. 

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...