Semua Berpunca Kerana Nasi Lemak Sahaja
Enggan membayar sepenuhnya duit nasi lemak menjadi punca seorang pemandu bas ekspres bergaduh dengan dengan seorang pelayan gerai di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Gambang arah timur di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, siasatan awal mendapati pemandu bas ekspres berusia 32 tahun itu hanya membayar RM1 yang mana harga nasi lemak yang dijual kepadanya berjumlah RM2.
“Berdasarkan keterangan pelayan gerai makanan di R&R itu harga nasi lemak dijual adalah berharga RM3 manakala untuk pemandu bas, lori, dan pelanggan tetap, diskaun diberi iaitu dijual pada harga RM2.
“Pemandu bas ekspres itu hanya membayar RM1 menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi semalam, video berdurasi 1 minit 49 saat memaparkan seorang lelaki berbaju dan berseluar hitam dipukul lima lelaki selepas berlaku salah faham tular di media sosial.
Mangsa ditumbuk dan ditendang beberapa kali oleh kumpulan lelaki yang dikatakan tidak berpuas hati dengan pemandu bas ekspres terbabit yang kononnya mengasari seorang pelayan kedai.
Mohamad Noor berkata, pelayan gerai terbabit mendakwa dicekik, dipukul di bahagian belakang kepala dan ditendang sebelum membuat laporan polis.
“Bertindak atas maklumat yang diterima polis menahan pemandu bas ekspres terbabit di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada jam 1.15 pagi tadi selepas dia tampil untuk memberi keterangan,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya turut menahan enam lagi suspek lelaki berusia 32 hingga 44 tahun di sekitar daerah ini dan Maran, malam tadi bagi membantu siasatan.
Katanya, semua suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga Sabtu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh
Ramai Mula Bertukar Dari RnR Gambang Ke RnR Perasing
RNR Perasing menjadi pilihan semua pemandu bas, sebelum ini RNR perasing ini selalu dikaitkan dengan benda benda mistik atau berhantu. Disebabkan tularnya perkara tersebut, RNR disitu tidak dikunjungi ramai orang terutama Bas Express atau Lori. Tetapi sejak semua boikot RNR Gambang, keadaan di RNR Perasing menjadi sibuk.
Keadaan Terkini di RNR Gambang, Kerana Nila Setitik Habis Rosak Semua Tempayan …
Tular di media sosial beberapa keping gambar yang dikongsi oleh seseorang tentang keadaan terkini RNR Gambang. Gambar gambar ini kemudian dikongsi oleh salah sebuah laman facebook popular Info Roadblock JPJ/POLIS.
Hanya ada beberapa orang sahaja yang singgah .
Disebabkan salah faham dan maklumat yg mengelirukan akhirnya R&R Gambang(barat)menghala ke KL lengang tanpa pengunjung akibat kempen boikot yg di buat oleh pengusaha bas expres serta pengguna lebuhraya.
Berkenaan kes pukul pemandu bas Sani Ekspress yg berlaku di R&R Gambang(timur) menghala ke Terengganu masih dlm siasatan Polis dan para pelaku telah pun direman dan gerai terbabit telah pun di tutup.
Para peniaga lain antara yg terjejas teruk akibat kempen terbabit.
“Jangan kerana 1 rumah buat salah, 1 Kampung dihukum bersalah.”
Sememangnya kuasa viral netizen amat merbahaya ..
Antara Komen Komen Netizen
Lanun Rimba “masa aku kje kdai mkn dulu..semua driver bas mkn free satu sen pn tk bayar..siap bagi rokok lagi….sya pnya bos..betul2 jaga driver bas..tk nk bagi driver bas berhenti tpt lain.. cuba kau fikir satu bas 40org mkn .tk kn dua org driver ko tk blh bagi mkn free”
Scani Davia “Kami pemandu&pengusaha bas akan berhenti di R&R Gambang apabila pemilik gerai no 6 di gantikan dengan pengusaha baru.”
Nasir Bakar “Sepatutnya gerai2 ni jaga driver2 bas ni. Dia secara langsung menolong peniaga dgn membawa pelanggan2. Yg konsisten makan kat situ bas express la… Ambil pengajaran la…. buatlah statement minta maaf…. tak salah”
Chempaka Emilyn “Suruh gerai no 6 tu byar gnti rugi dkt peniaga2 lain. Kuasa viral btl2 brkesan. Harap kes Adib jgn senyap je. Kita buat jgk smpai pembunuh 2 kne tngkap & d beri hukuman yg setimpal…jgn kita senyapkan kes Adib ni…ayuh semua kita BERSATU sehingga pembunuh trsebut dpt d bawa ke muka pengadilan..”
SUMBER : Kaki Tular
No comments:
Post a Comment