Terra2

Monday, 31 December 2018

Bayi Disahkan Pesakit Kanser Neuroblastoma Termuda (25 Hari).


Baru berusia 2 bulan, bayi ini pesakit kanser termuda. Didiagnos pada usia 25 hari, kesnya dianggap kes yang jarang berlaku (rare) di mana ketumbuhan bemula sejak dari dalam kandungan ibu.

Si comel ini terus kuat melalui rawatan demi rawatan serta pembedahan. Perjuangan hidup anak kecil ini dikongsikan ibunya, Nur Faizatun Nadirah. Lahirnya Muhammad Azzam Fahmy tidak disangka mempunyai ketumbuhan di dalam perut. Lebih menyedihkan, ia adalah ketumbuhan kanser neuroblastoma yang cukup agresif dan bahaya.



Bayi sekecil Fahmy yang dilahirkan 13 Oktober lalu telah pun melalui beberapa siri pembedahan. Antaranya ialah untuk membuang ketumbuhan dalam perut, membuat stoma pada perut untuk membolehkannya membuang air besar serta menjalani 6 cycle kimoterapi.

JALANI PEMBEDAHAN PERTAMA PADA USIA 9 HARI



Fahmy seminggu sebelum menjalani pembedahan pertama membuang ketumbuhan.

Fahmy susut berat badan selepas menjalani kimoterapi.
Ibu Fahmy, Nur Faizatun Nadirah berkongsi detik-detik awal si kecil  ini disahkan mengalami ketumbuhan dalam perut dan menjalani pembedahan pada usia 9 hari.


Buku rawatan Fahmy.
KETUMBUHAN SEBESAR TAPAK TANGAN DEWASA

Ketumbuhan yang dibuang dari dalam perut bayi ini ialah sebesar 7 x 8cm, saiznya adalah sebesar tapak tangan orang dewasa.

DIBEDAH KALI KEDUA UNTUK STOMA

Fahmy perlu melalui pembedahan kali kedua pada 31 Oktober kerana mengalami masalah untuk pembuangan air besar. Luka pada bahagian belakang tidak menunjukkan kesembuhan dan bimbang terjadi jangkitan kuman.

Pembedahan ini melibatkan bahagian usus Fahmy dipotong dan dijahit pada kulit supaya Fahmy boleh membuang air besar menerusi bahagian perut.

TURUN BERAT DARI 3.6KG KEPADA 3.1KG DALAM MASA TAK SAMPAI SEMINGGU6 NOVEMBER 2018: DOKTOR SAHKAN KETUMBUHAN TAHAP 4



FAHMY DISAHKAN HIDAP KANSER PADA USIA 25 HARI



Fahmy perlu melalui rawatan kimoterapi sebanyak 6 cycle. Untuk itu, pembedahan untuk memasang IV line dada Fahmy dilakukan.



KES RARE BAGI BAYI BARU LAHIR, NEUROBLASTOMA IALAH KANSER AGRESIF

Pakar memberitahu kes Fahmy sebagai ‘rare case’ kerana belum ada lagi ketumbuhan sejak dari dalam kandungan. Ia selalunya dikesan apabila usia memasuki peringkat kanak-kanak. Fahmy pesakit termuda bagi kanser neuroblastoma.

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...