"Kalau anda masih nak mengamalkannya walaupun kami sudah memberi pandangan dari sudut perubatan, terpulanglah kepada anda. Kami sudah menjalankan tugas kami. Terima kasih." - Dr. Amalina Bakri
Cover image via Google
- Masyarakat Melayu memang terkenal dengan amalan berpantang selepas bersalin yang telah diamalkan sejak turun-temurun.Antara amalan berpantang adalah berjalan dengan perlahan, tidak boleh banyak bergerak, dilarang duduk bersimpuh, diet dan penjagaan pengambilan makanan setiap hari.
- Image viaGoogle
- Namun begitu peraturan dalam berpantang yang ditetapkan dalam adat Melayu dikatakan menyusahkan dan menyukarkan keadaan ditambah juga dengan adanya amalan ‘wajib’ seperti berurut, bertungku, bengkung, mandian herba dan memakai pilis di dahi yang mengambil tempoh lama sehingga 44 atau 60 hari pemakaiannya.
- Image viaGoogle
- Walaupun begitu, wanita-wanita ini tetap teguh mengamalkannya kerana adalah dipercayai, mereka yang benar-benar mengikuti amalan berpantang tradisional ini akan mendapat semula bentuk badan sebelum bersalin, tahap kesihatan dan kecergasan, serta rupa paras yang menawan. Selain itu, mereka juga percaya yang sekiranya amalan berpantang ini tidak diamalkan, akan mendatangkan kesan memudaratkan kepada diri mereka.
Harus diingat bahawa setiap badan ibu itu berbeza-beza kerana kadangkala amalan berpantang itu juga boleh mendatangkan kesan buruk kepada ibu tersebut.
- Seorang doktor, Imelda Balchinpernah berkongsikan kebenaran tentang isu berpantang selepas bersalin ini di laman Facebookmiliknya
- Image viaFacebook Imelda Balchin
- Dalam kenyataannya, Dr. Imelda, yang juga merupakan Profesor Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, berkata bahawa tradisi 'berpantang' ini sebenarnya merupakan satu kemewahan untuk orang-orang yang berada kerana bukan semua orang berkehidupan mewah.
Di samping itu, perkongsian tersebut yang dibuat pada September tahun lepas ini telah disokong dan dikongsi semula oleh Dr. Amalina Bakri menerusi laman Twitter beliau.
- Baca perkongsian penuh di bawah:
- Saya kesian tengok ibu-ibu yang 'dipaksa' berpantang selepas bersalin.
Ada netizen-netizen menulis dan mengadu kepada saya, yang mereka dimarah-marah kerana tidak berpantang, dan orang yang memarah ibu-ibu ini mencari pula masalah badan ibu-ibu untuk menyalahkan ibu kerana tidak berpantang. Ini lah yang saya kata 'PERBUATAN YANG ZALIM' keatas ibu-ibu kita.
Tahukah anda, yang 40-hari berpantang itu ialah satu kemewahan untuk orang-orang yang berada. Bukan semua orang berkehidupan mewah. - Image viaInspire Rich
- Tahukah anda, yang hanya wajib dalam Islam ialah tidak membuat hubungan kelamin dengan suami selagi darah nifas belum kering (sampai had maksima 60 hari diberikan, bukan hanya 40 hari), dan boleh bersama suami lebih awal daripada 40 hari sekiranya darah nifas kering lebih awal dari 40 hari.
Benda-benda yang lain, semuanya bukan wajib. Yang penting ialah ibu-ibu diberi sokongan emosi dan diberikan sokongan dari semua ahli keluarga supaya ibu dapat menumpukan semua perhatiannya terhadap permintaan bayi yang baru dilahirkan.
Mungkin juga sokongan emosi boleh mengelakkan masalah meroyan, tetapi saya tak berani nak kata sama ada pantang traditional boleh mengelakkan meroyan, sebab belum lagi jumpa kajian yang membuktikan yang kaedah berpantang tradisional boleh mengelakkan meroyan selepas bersalin.
- Tetapi, jika ibu itu rasa dirinya dipaksa, maka perasaan mereka tidak dihargai, jadi bagaimanakah nak mengelakkan meroyan jika hati ibu tidak gembira atau merasa tertekan?
- Image viaMajalah Pa&Ma
- Tahukah anda, untuk kesihatan ibu yang baru bersalin dan menyusu, mereka perlu minum secukupnya (3 Litre sehari), bukan menyekat keperluan kesihatan mereka. Kalau nak buat susu untuk bayi dengan secukupnya, ibu pun kena lah minum dengan secukupnya.
Tahukah anda, untuk kesihatan ibu yang baru bersalin, pengaliran darah adalah sangat penting. Kaedahnya termasuk lah senaman yang ringan dengan kerap, dan kalau nak mengurut ini lah tujuannya. Kalau tak mampu mencari orang untuk mengurut, boleh membuat senaman yang ringan untuk pengaliran darah dari kaki ke jantung.
Tahukah anda urat-urat hijau yang kembang di kaki tu (varicose vein) bukan disebabkan masuk angin. Ia sebenarnya bukan urat, tetapi saluran darah 'vena' yang membawa darah kembali dari kaki ke jantung. Tidak ada angin di dalam saluran darah mahupun urat saraf di dalam badan kita. Orang-orang yang mengurut kena belajar sikit tentang sains biologi sebelum mengata macam-macam yang mereka tidak tahu. - Image viaHealth 24
- Untuk mencegah varicose vein atau untuk mengelak supaya ia tidak menjadi bertambah teruk, ini lah panduan untuk anda:
- 1) Senaman yang kerap untuk membantu pengaliran darah di kaki.
2) Kurangkan berat badan melalui penjagaan pemakanan dan senaman. Lagi gemok badan kita, lebihlah lagi tekanan lemak badan dan berat badan kita ke atas vena kita dan ini melambatkan pengaliran darah dari kaki kembali ke jantung.
3) Elakkan berdiri lama-lama. Darah dari vena di kaki memerlukan bantuan otot kaki yang berjalan untuk mengepamkan pengaliran darah dari bawah ke atas bertentangan dengan graviti. Dengan sebab yang sama jangan duduk bersila, dan jangan duduk lama-lama sangat. Bangun dan berjalan. Walaupun anda pergi mengurut kaki dan badan, anda tidak boleh mengurut sepanjang masa. Satu-dua jam saja pengaliran darah sehari semasa mengurut, lepas tu duduk saja sepanjang masa itu masih tidak mencukupi.
4) Bila berjalan, elakkan memakai sepatu tinggi seperti stiletto. Ini menyebabkan perubahan posture badan dan melebihkan tekanan ke atas vena di kaki. - 5) Bila tidur malam, tinggi kan kaki sedikit di atas beberapa bantal supaya kaki lebih tinggi dari badan untuk membantu pengaliran darah dari kaki ke jantung semasa kita tidur.
6) Boleh juga memakai setokin TED (thrombo embolic disease) atau compression stocking yang ketat semasa tidur atau jika terpaksa berdiri atau duduk lama, untuk membantu pengaliran darah yang turun ke kaki supaya balik kembali ke jantung.
7) Jika ada keraguan kerana varicose vein itu menggangu anda, rasa sakit, terdapat ulser di kulit kaki, atau bengkak kaki disebabkan varicose vein, silalah berjumpa dengan doktor di klinik kesihatan untuk mendapatkan rujukan berjumpa dengan doktor bedah yang boleh mengikat dan menarik keluar vena itu jika perlu (ligation & stripping). Ada juga kaedah selain daripada pembedahan seperti endothermal ablation, radio frequency ablation, endovenous laser treatment atau ultrasound-guided foam scleroterapi, yang doktor boleh bincangkan. Tetapi selalunya doktor akan memberi nasihat 1-6 di atas dahulu juga, sebelum apa-apa rawatan. Dengan mengikut tips 1-6 di atas, masalah varicose vein boleh dielakkan atau dikurangkan supaya anda tidak memerlukan apa-apa rawatan. - Varicose vein ini bukanlah datang kerana akibat tidak berpantang seperti apa yang netizen mengadu kepada saya. Varicose vein bukan lah sebab masuk angin. Jadi, janganlah ibu-ibu rasa bersalah jika tidak boleh berpantang. Terutama sekali jika mereka yang memaksa anda adalah jurujual yang hanya bertujuan mengaut keuntungan.
ALL OUR MUMMIES ARE BEAUTIFUL, pantang or not.
Prof Dr Imelda,
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.
- Lagi artikel tentang fakta dan mitos tentang 'berpantang' oleh Dr. Imelda di bawah:
- Pantang mahupun tidak pantang adalah hak masing-masing asalkan ianya tidak memudaratkan ibu mahupun bayi.Yang berpantang, jangan condemnorang yang tak berpantang. Yang tidak berpantang, jangan condemnorang berpantang. Boleh semua?
No comments:
Post a Comment