Terra2

Thursday, 4 October 2018

Adam Anak Yang Sangat Baik, Tulang Belakang Keluarga’ – Bob Lokman Kehilangan Anak Sulung

Telah kembali ke Rahmatullah anak sulung kepada pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman iaitu Mohamad Adam yang baru saja berusia 25 tahun. Adam pengsan dan tidak sedarkan diri kira-kira jam 1 pagi tadi dan disahkan meninggal dunia.
Bok Lokman sedih akan pemergian anak sulungnya itu kerana Adam merupakan harapan keluarga dan seorang anak yang rajin menguruskan perniagaan nasi ayam.

Berjaya buang ketumbuhan tapi…

Menurut ayahnya, Bok Lokman berkata anaknya itu mempunyai sejarah ketumbuhan dalam otak dan kerap pengsan. Sebelum pemergiannya menghadap Illahi, arwah tidak menunjukkan tanda-tanda pelik atau hilang selera makan.
Semasa darjah dua, Adam disahkan ada ketumbuhan dalam otak. Selepas itu doktor berjaya buang ketumbuhan. Setahun juga Adam berada dalam wad.
Meski Adam sudah menjalani kimoterapi, doktor maklumkan ketumbuhan ini boleh datang lagi. Disebabkan itu, Adam selalu pengsan.

Itu kali terakhir saya bercakap dengan Adam

Malam tadi, dia kejutkan saya dan bertanya nak gunakan berapa ekor ayam untuk berniaga pagi ini. Itu kali terakhir saya bercakap dengan Adam sebelum dia pengsan dan nazak pada 1 pagi. Sebelum ini Adam pernah pengsan. Apabila sedarkan diri, dia tidak ingat macam mana perkara itu boleh berlaku.
Cuma, apa saya perasan sejak kebelakangan ini Adam semakin kurus, katanya dia tidak ada selera makan. Selebihnya, dia menunjukkan sikap biasa macam selalu. Dia seorang anak yang baik. Dia tulang belakang keluarga dengan membantu menguruskan perniagaan. Dia juga yang banyak bantu dan jaga saya ketika masuk hospital.
Untuk pengetahuan semua, arwah Adam merupakan anak yang bertanggungjawab membantu dan menguruskan perniagaan nasi ayam Bob Lokman. Dia juga sering menjaga ayahnya itu sepanjang Bok Lokman terlantar di hospital.
Jenazah dijangka dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Batu 20, Kuang, hari ini. Semoga arwah bersama orang-orang beriman dan dipermudahkan urusannya. Amin.

Anak yang baik

Kira-kira jam 2.00 pagi tadi, Kenalan rapat Bob Lokman, Ustaz Riduan Mohd Nor telah memaklumkan berita kehilangan Adam menerusi group Facebook Gabungan Anak Terengganu.
Sumber: Metro

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...