Terra2

Thursday, 4 October 2018

MB Arah Lombong Putra Perdana Ditutup, Sumbang RM20 Ribu Untuk Setiap Keluarga Anggota Bomba Terkorban

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menerusi satu kenyataan mengarahkan lombong yang meragut nyawa enam anggota bomba dan masih mencari seorang remaja hilang di Puchong ditutup serta-merta selepas misi mencari dan menyelamat remaja hilang selesai.

Sementara itu, kerajaan Selangor menerusi satu kenyataan akan memberi sumbangan RM20,000 kepada keluarga setiap anggota bomba yang maut dalam operasi SAR di Puchong.
Kesemua enam anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) lemas ketika terlibat dalam dalam operasi mencari dan menyelamat remaja yang dipercayai terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana.
Keenam-enam anggota berkenaan berjaya dinaikkan ke darat namun disahkan meninggal dunia.
Operasi mencari dan menyelamat akan disambung pagi ini bagi mencari mayat remaja lemas yang masih belum ditemui.

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...