Terra2

Sunday, 22 April 2018

Tak Sempat Ke China, Kanak-Kanak Derita Hempedu Tersumbat Meninggal Dunia

Tular di media sosial rayuan seorang ibu yang memohon bantuan dan sumbangan dari masyarakat bagi menjalani pembedahan terhadap anaknya. Anak bongsunya itu mengalami masalah saluran hempedu tersumbat sejak lahir. Malah, ibu ini berhasrat untuk mendermakan hati kepada kanak-kanak tersebut.
Terbaru, kanak-kanak berusia 11 bulan ini telah dilaporkan meninggal dunia pada 5 petang, semalam. Pembedahan yang sepatutnya dilakukan di China terpaksa tangguh kerana keadaan kanak-kanak tersebut tidak stabil. Sementara itu, dia dirawat buat seketika di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Terpaksa meraih simpati

Cuma menjadi masalah apabila kos rawatan dan sara hidup penjaga di sana selama dua bulan sangat tinggi membuatkan kami terpaksa meraih simpati orang ramai bagi mempercepatkan proses pembedahan itu.
Menurut myMetro, Siti Rokiah mengumpul RM 11,000 hasil sumbangan orang ramai bagi menampung kos pembedahan anaknya itu. Dia juga ingin melihat anak bongsu ini dibesarkan dengan sihat seperti 3 anaknya yang lain.
Hanya pembedahan pemindahan hati itu saja yang akan menyelesaikan masalah Muhammad Faris Wifiuddin. Justeru saya perlu berusaha mengumpulkan wang bagi memastikan pembedahan itu boleh dijalankan secepat mungkin.

Menghembuskan nafas terakhir

Walaubagaimanapun, kanak-kanak lelaki ini telah menghembuskan nafas terakhir pada 5 petang, semalam. Pembedahan tersebut sepatutnya dijadualkan berangkat ke China pada 19 Mac lalu, tetapi tertangguh kerana keadaan anaknya yang tidak stabil dan dirawat di PPUM.
Keadaan Wifiuddin yang kurang memuaskan menyebabkan tarikh ke Hospital Renji, Shanghai ditangguh sehingga keadaannya stabil dan sesuai untuk ke China. Bagaimanapun kesihatan Wifiuddin semakin merosot selain keadaan hatinya yang rosak teruk dan dipantau di PPUM sejak sebulan lalu.
Bagaimanapun, ibu dan ayah kepada adik Faris Wifiuddin redha atas pemergian ini berpuas hati kerana sepanjang hayat anaknya.
Selepas agak lama Wifiuddin menderita, kami menerimanya dengan hati yang terbuka, malah tidak sanggup lagi melihat kesakitan yang dilaluinya. Jenazah arwah dibawa pulang ke kampung halaman suami dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Chalok Barat, Setiu.
Credit: myMetro

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...