Terra2

Tuesday, 24 April 2018

'Doakan dia sembuh' - 3 tahun adik Qayyum hidap kanser saraf



Adik Muhd Qayyum Roslizam, 6, menderita penyakit kanser saraf selama tiga tahun, ketumbuhan di mata dan pendengarannya turut terjejas, membuatkan ramai netizen terasa sayu dan pilu melihat keadaannya itu.

Gambar-gambar yang dimuat naik oleh Nick Amisafiq itu viral di media sosial dan telah dikongsi hampir 6,000 kali. 

"Assalamualaikum semua. Hari ini TGKWC melawat adik Muhd Qayyum B. Roslizam berusia enam tahun di rumah atoknya di Kampung Nelayan Tanjung Piandang, Bagan Serai. 

"Adik Qayyum menderita selama tiga tahun kanser saraf, ketumbuhan di mata dan pendengaran kurang jelas yang menyebabkan adik Qayyum tidak dapat melihat dan tidak boleh berdiri serta tidak dapat menguruskan diri seperti kanak-kanak lain. 

"Adik Qayyum perlu tambah darah empat hari sekali di Hospital Pulau Pinang. Dia telah menjalani rawatan kimoterapi tetapi keadaan adik Qayyum tidak ada perubahan. 

"Kami diberitahu bahawa adik Qayyum sekarang kansernya di tahap empat. Marilah kita seluruh rakyat Malaysia mendoakan adik Qayyum supaya sembuh dan boleh bermain seperti kanak-kanak yang lain," katanya. 







Menurut Nick, dia memuat naik luahan itu kerana adik Qayyum sebaya dengan adiknya. 

Nick juga berterima kepada individu yang turut serta dalam misi dan memberi bantuan kepada keluarga berkenaan yang dapat membantu serba sedikit dan memberi semangat kepada adik Qayyum untuk terus berjuang melawan penyakit tersebut. 

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...