4 April - Bagi seorang manusia yang normal, mungkin tiada masalah untuk mereka menaip pada telefon pintar dengan cara yang normal. Bagaimana pula jika pengguna tersebut seorang yang istimewa dan buta?
Jangan risau, anda yang membaca mungkin boleh sampaikan maklumat ini kepada rakan-rakan atau saudara-mara anda yang hilang penglihatan. Tahukah anda, Google dalam aplikasi Gboard mereka ada menyediakan fungsi 'Voice Typing' iaitu menaip menggunakan suara.
Antara tujuan penulis terfikir untuk membuat artikel ini adalah, terdapat seorang lelaki buta di halaman komen laman rasmi Siakap Keli dikecam kerana beliau mendakwa seorang yang buta namun netizen pertikaikan bagaimana beliau menaip dalam komen tersebut.
Sebelum penulis pergi lebih jauh, fungsi yang ingin penulis jelaskan ini hanya untuk tetapan bagi peranti Android sahaja. Untuk peranti OS mungkin penulis akan jelaskan dalam artikel yang berlainan.
Berikut adalah cara-cara untuk tetapkan 'Voice Typing' menggunakan aplikasi Gboard.
No comments:
Post a Comment