Terra2

Thursday, 4 January 2018

Elakkan Beratur Panjang Di Kaunter Dengan myASNB



Update Buku Biru


Setiap kali tahun baru, para pelabur amanah saham mesti teruja nak update buku biru dan tengok berapa pelaburan terkumpul terkini. Masalahnya kaunter mesti akan penuh sesak dan perlu tunggu lama semata-mata nak kemaskini buku pelaburan.
Lebih-lebih lagi apabila Pulangan ASB Lebih 1 Sen Berbanding Tahun Lepas, lagilah ramai orang berpusu-pusu nak kemaskini dan membuat pengeluaran. Kesian kat makcik-makcik, pakcik-pakcik dan orang ramai.

Guna Saja myASNB, Cepat Dan Mudah

Berita baik bagi anda, PNB telah memperkenalkan myASNB bagi memudahkan urusan pelabur untuk:
  • Menyemak pegangan portfolio – memaparkan baki semasa akaun unit amanah
  • Menyemak status transaksi – memaparkan segala butiran transaksi unit amanah yang dilaksanakan melalui portal myASNB
  • Melakukan pelaburan tambahan – Urusniaga belian unit dapat dilaksanakan secara atas talian.
*Nota tambahan: Untuk urusan penjualan unit, tidak terdapat dalam portal. Anda masih perlu walk-in ke kaunter, dan ambil wang secara terus.

Hanya 3 Langkah Mudah

Langkah 1: Kemaskini Nombor Telefon Bimbit
Daftar dan kemaskini nombor telefon bimbit untuk tujuan penghantaran TAC. Anda perlu ke cawangan atau ejen ASNB untuk mendapatkan nombor akaun 12 digit yang baru, dan daftarkan nombor telefon terkini dalam database mereka.
Langkah 2: Layari Portal myASNB
Klik pautan https://www.myasnb.com.my/dan pilih “Daftar di sini” kemudian pilih “Teruskan” dan seterusnya klik pada kotak “Saya telah membaca dan bersetuju dengan Terma & Syarat dan Dasar Privasi” dan tekan butang “Setuju”.
Langkah 3: Isi Maklumat Pemegang Unit
Anda perlu isi butiran peribadi seperti nombor kad pengenalan dan produk ASNB yang anda ada. Isi semua maklumat yang diperlukan untuk anda menetapkan ID Pengguna dan kata laluan untuk pendaftaran akaun.
Masukkan nombor telefon yang anda dah daftar di langkah pertama tadi, dan TAC 6-digit akan dihantar ke telefon anda. Masukkan nombor TAC 6-digit yang anda terima.
Dah siap ketiga-tiga langkah tersebut, sekarang bolehlah anda lakukan transaksi menyemak pegangan portfolio, menyemak status transaksi, dan melakukan pelaburan tambahan.
Tak perlu beratur panjang di kaunter lagi selepas ini, kecuali untuk jual unit amanah saham anda.

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...