Seorang wanita telah memesan air minuman teh ‘O’ ais limau untuk dibungkus di dalam plastik bersama dengan mangkuk kosong namun telah dicaj dengan harga RM0.30 atas perkhidmatan berkenaan di sebuah restoran mamak di Rawang, Selangor.
Walaupun wanita itu mampu membayar RM0.30 itu, namun caj berkenaan tidak wajar dikenakan sama sekali. Wanita tersebut terasa terpanggil untuk berkongsi insiden itu ke laman media sosial bagi mendapatkan pandangan orang ramai. Dia juga ada berkongsikan gambar resit sebagai bukti.
Roti planta, Roti 4 segi, Nescafe, Teh O ais limau bungkus, Mangkuk
Menurut Sinchew, wanita berkenaan meminta mangkuk kerana mahu meletakkan air minuman bungkusnya supaya minuman tersebut tidak tumpah sewaktu dia sedang menikmati hidangannya.
Bagi mengetahui perkara tersebut dengan lebih lanjut, pihak Sinchew telah menghubungi KPDNKK cawangan Hulu Selangor di mana wakil KPDNKK meminta kes berkenaan dibawa ke ibu pejabat KPDNKK kerana perkara sebegitu tidak pernah terjadi.
“Kes ini sangat berbeza kerana pelanggan telah memesan bungkusan minuman namun masih menggunakan perkakasan daripada restoran. Oleh itu, ia agak sukar untuk mengadili kes ini”.
Wakil juga meminta wanita itu untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya kes tersebut boleh dibuka. Jika ternyata pihak restoran itu telah melanggar undang-undang, maka tindakan akan diambil.
Waktu operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan disingkatkan sehingga 7 petang sahaja setiap hari bermula 1 Januari 2019.
Bagaimanapun, hari operasi masih kekal dari Isnin hingga Ahad.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan berkata, kerajaan komited dalam memastikan rakyat dapat menikmati perkhidmatan yang pelbagai disediakan di UTC dan pertukaran waktu itu seharusnya tidak mengganggu penyampaian perkhidmatan di UTC.
Pengurangan itu juga dijelaskan kerana kehadiran pelanggan hanya 11% selepas pukul 7 malam dan bagi memastikan perbelanjaan kerajaan adalah efisien bagi UTC iaitu menyampaikan perkhidmatan cekap tanpa pembaziran waktu dan tenaga
Langganan pas perjalanan tanpa had 30 hari RM100 dan RM50 bagi perkhidmatan rel dan bas Rapid KL yang diumumkan dalam Bajet 2019 baru-baru ini hanya boleh dibuat menerusi kad MyKad, MyTentera dan MyKid.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata penggunaan kad pengenalan warganegara Malaysia menerusi fungsi Touch 'n Go bagi memastikan inisiatif itu dinikmati hanya oleh rakyat tempatan.
Katanya, pas perjalanan dijangka boleh mula dilanggan pada 1 Disember ini dan digunakan bermula 1 Januari 2019.
"Langganan pas ini boleh dibuat di semua kaunter di stesen Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) dan empat hab bas iaitu Hab Bandar Shah Alam, Greenwood (Gombak), Sri Nilam (Ampang) dan Terminal Kajang.
"Pas perjalanan ada untuk tempoh 30 hari dan ia bukan pas bulanan. Tempoh 30 hari adalah bermula daripada tarikh penggunaan pertama," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Loke berkata, penggunaan pas perjalanan itu membabitkan enam mod pengangkutan iaitu MRT, LRT, monorel, bas Rapid KL, Bas Rapid Transit (BRT) dan bas pengantara MRT.
Hello kawan-kawan, kami kembali dengan helah pendapatan baru. Dengan silap mata ini, anda boleh mendapat 100usd hingga 200usd setiap hari tanpa sebarang pelaburan. Anda Boleh Buat Wang Online Dengan SALIN Dan TAMPAL. Ini adalah pemendek url yang memberi anda wang atas dasar klik pada url. Dalam PEKERJAAN ini, saya akan memberitahu anda bagaimana anda boleh mendapatkan wang dengan ini. Saya juga akan berkongsi helah untuk mendapatkan klik pada url anda. Jadi kawan-kawan, baca siaran ini hingga akhir untuk mendapatkan semua maklumat mengenai helah ini. Perlu diingat bahawa kami hanya menghantar helah, kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang isu-ISU anda bawa. Jangan lupa untuk berkongsi helah ini dengan rakan-rakan anda jika anda suka.
Apa itu Shortener Url ZA.GL?
Ia adalah pemendek url yang memberi anda wang untuk klik pada pautan. Di sini dalam catatan ini, saya akan memberitahu anda bagaimana anda boleh mendapatkan wang oleh pemendek url ini. Saya juga akan berkongsi helah untuk mendapatkan klik pada pautan anda. Anda boleh mendapat sekitar $100usd untuk 10000 klik. Penebusan minimum adalah $ 2 dan anda boleh menebus di PAYPAL atau Bitcoin.PASTIKAN anda daftar paypal untuk menbuat tebusan kemudian hari. Terdapat juga program rujukan, anda akan mendapat 50% dari jumlah pendapatan rujukan anda sepanjang hayat. Menurut saya, ini adalah cara terbaik untuk mendapatkan wang dengan mudah. Hanya melakukan kerja pintar dan anda boleh mendapatkan dengan mudah jika anda akan melakukan kerja yang bijak dan susah.
Langkah-langkah Untuk Membuat Wang Dalam Talian Dengan Salin Dan Tampal Kerja
Pada mulanya Daftar di laman web ini, pastikan hanya menyertai dari pautan ini- (Sertai disini)
Selepas itu, masukkan e-mel dan kata laluan anda dan sertai program ini.
Sekarang, pergi ke setting-profile dan isi profil anda.
Sekarang, proses utama telah dilakukan.
Sekiranya anda ingin berkongsi sebarang url yang telah dipendekan dari mana2 blog atau aktikel.
Trik Untuk Dapatkan Klik Pada Klik Pada Pautan Anda pada Kawan-kawan atau share di whatsapp,telegram,intagram,facebook.
Jadi Ada undangan link terlalu banyak WhatsApp Groups di mana Anda dapat berbagi link.
Sertai beberapa kumpulan WhatsApp
Saya berharap anda akan memahami .
Anda tahu bahawa anda akan mendapat banyak klik pada pautan ini.
Beberapa Poin Ingat Mengenai ZA.GL Shortener Url
Sertai za.gl dari pautan yang telah saya berikan kepada anda bawah ini. (Sertai disini)
Dalam percubaan untuk anda pastikan benda ini boleh dipercayai anda boleh tebus.
Penebusan minima adalah $ 2 untuk PayPal dan $ 5 untuk bitcoin.
100% boleh dipercayai dari za.gl.
Pemansuhkan sistem pengambilan pekerja asing melalui ejen atau syarikat tertentu akan dilakukan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri di Kementerian Dalam Negeri.
Katanya, peranan 100 syarikat sumber luar yang digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri pada masa ini akan diserahkan kepada Agensi Pekerjaan Swasta (APS) di bawah Kementerian Sumber Manusia.
“Kami memutuskan untuk tidak meneruskan program ‘outsourcing’ yang kini diuruskan KDN, dan tugas itu akan diserahkan kepada Kementerian Sumber Manusia menerusi Agensi Pekerjaan Swasta kerana ada akta khas supaya ia lebih terurus dan mematuhi undang-undang.
“Ketika ini, lebih 100 syarikat ‘outsourcing’ dengan kira-kira 26,000 pekerja asing, diberi tempoh untuk menempatkan pekerja di bawah tanggungan mereka pada majikan terpilih.
“Tujuan program ini dimansuhkan adalah untuk mengelakkan perkara tak diingini yang dibangkitkan beberapa pihak sebelum ini, seperti perlakuan tidak adil kepada pekerja, kes pemerdagangan manusia dan lain-lain,” katanya.
Pernah terfikir untuk ubah suai rumah pada harga bajet?
Bunyi macam mustahil. Mana tidaknya, segala kos peralatan rumah bagi tujuan ubah suai pasti akan menelan kos yang tinggi. Senang kata, kalau ada duit baru jadi. Tak ada duit, tak payahlah berangan.
Tapi, sebenarnya tanggapan itu tidak benar.
Seorang wanita di FB telah berjaya mengubah suai terataknya daripada “eew” kepada “wow” dengan modal RM2,000 sahaja. Serius macam tak percaya!
Gambar halaman rumah sebelum diubah suai.
Wanita yang dikenali sebagai Mcyahh Joanjett telah berkongsi serba sedikit tentang cara beliau mengubah suai kediamannya kepada konsep mewah klasik dengan kreativiti serta bajet yang minimum.
Mana tahu boleh dijadikan inspirasi untuk anda yang dah pasang niat untuk ubah suai rumah, kan?
Sebelum itu, jom tengok dulu ruangan rumah wanita ini sebelum diberi sentuhan transformasi mewah klasik
Ruang TV sebelum.
Ruang makan sebelum.
Ruang tamu sebelum.
Bahas wanita ini, “Ada 3 keajaiban bila rumah sedap mata memandang. Suami yang selalu keluar lepak akan jarang keluar rumah, kasih sayang juga akan bertambah erat, dan anak-anak juga sudah tidak menyepahkan rumah.”
Selain itu, dia juga berkata bahawa sanak saudara yang datang juga rasa lebih selesa dengan ruang yang lebih besar dalam rumah mereka.
Katanya lagi, “Keadaan rumah sangat mainkan peranan dalam rumah tangga. Sesungguhnya hubungan kami suami isteri dan anak-anak jadi lain. Rasa macam baru kahwin. Ia bernafas baru. Besar kecil rumah bukan isu nya. Kami orang biasa, deko pun biasa, semampu boleh asalkan kemas dan menarik.”
Taraaaa! Fuuhh, memang cun habis selepas diubah suai!
Halaman rumah selepas diubah suai.
Bahagian pintu luar selepas.
Barangan rumah serba putih berseri. Nampak lebih kemas!
Menurutnya, beliau memilih untuk membeli barangan rumah dengan kos yang minimum.Untuk palang letak bunga, hanya RM25 yang dibeli dari IKEA manakala rak kasut pula hanya RM150 juga dari IKEA.Harga itu adalah termasuk cas upah. Kalau beli sendiri lagi murah tetapi personal shopper akan ambil cas sekitar RM5 sehingga RM30 setiap barang.Lihat bagaimana wanita ini menaikkan lagi ‘seri rumah’ dengan barangan yang serba putih!
Ruang tamu selepas diubah suai. Cantiknya!
Karpet RM95 (ala ikea), lantai tikar getah biasa yang berharga RM230 segulung untuk sebuah rumah.
Cermin RM68 untuk 10 biji dari IKEA.
Cermin itu ditampal sendiri dengan menggunakan double tape sahaja.
Barangan yang digunakan semuanya dibeli pada harga murah kemudian dihias dengan kreativiti sendiri.
Sofa bed yang boleh digunakan untuk tidur atau chill sambil tengok TV.
Sofa bed hitam yang dibeli adalah daripada perabot terpakai. Harga pula hanya RM150. Bantal kerus RM12 setiap satu dan meja putih RM89 dibeli dari IKEA.
Bunga yang simple dijadikan hiasan.
Semua barangan yang digunakan adalah dari IKEA. Boleh rujuk harga di bawah:
Bunga RM9.90 Pasu RM7 Palang putih RM25
Ruangan yang sama tampak lebih luas dan selesa untuk tetamu yang hadir. Macam ini barulah best untuk buat family-gathering!
Ruangan makan yang lebih selesa.
Tidak lupa juga, ruangan makan dengan dekorasi yang begitu simple dan rapi. Senang nak kemas!
Semua barangan dari IKEA. Bermula dari meja makan yang berharga RM189, kerusi makan RM40 dan pelapik atas meja RM8 dari MR.DIY. Murah bukan?
Wallpaper yang digunakan memberi mood rustik dan klasik, sekelip mata menjadi sedap untuk dipandang
Wallpaper 4 roll dengan harga Rm100 tapi untuk ruang TV ini hanya guna dua rollsahaja. Bermakna dia hanya menggunakan RM50 untuk ruangan TV ini. Ala-ala IKEA gitu!
Oh ya, harga palang letak Coke RM25 dan palang letak Astro decoder RM60 dari IKEA.
Lampu Spotlight itu hanya berharga RM35 boleh didapati di IKEA.
Tempat mendobi yang dahulunya memang serabut dan tidak tersusun dengan rapi, kini nampak lebih kemas dan teratur
Kecil tapi tersusun.
Menurutnya, tempat mendobi ini adalah salah satu perkara yang sukar untuk diubah suai. Namun, idea yang tercetus mendatangkan hasil yang begitu kreatif!
Harga bakul putih yang digunakan hanya RM15 dari IKEA serta rak besi putih RM100. Barangan ini adalah yang terpakai.
Memang puas hati bila tengok hasil hiasan rumah ini! Dengan hanya menggunakan RM2,000, wanita ini berjaya memberi rumahnya nafas baru.
Bunga lavendar yang diletak di luar rumah.
Lampu ikea di luar rumah.
Studio Lights.
Terbaik kan? Rasa macam nak ubah suai rumah sekarang jugak!
Menjadi satu persoalan di kalangan ramai orang berkenaan hukum melabur di dalam ASB ini, ada yang kata boleh, ada yang kata harus dan ada juga pendapatan mengatakannya haram.
Jom kita baca pandangan Tuan Afyan Mat Rawi supaya kita semua lebih jelas tentang hukum ASB ini.
3 Pandangan Berbeza Tentang Pelaburan ASB
Setiap kali isu ASB diperkatakan, pasti ada pandangan pertikaian tentang hukum.
Tulisan ini bukan untuk membincangkan bab hukum, cuma ingin menelusuri beberapa pandangan tentang hukum ASB.
Secara umumnya, ada 2 pandangan yang popular dan satu pandangan untuk keluar dari khilaf.
Pandangan #1 : ASB Hukumnya ‘Harus’
Pandangan ini ialah pandangan paling dominan.
Mazhab ini disokong oleh autoriti utama hukum fatwa di Malaysia iaitu Majlis Fatwa Kebangsaan yang sudah keluarkan hukum ASB harus sejak tahun 2008.
Ia juga turut disokong oleh majlis-majlis fatwa negeri di Malaysia. Terkini, Jabatan Mufti Negeri Selangor memfatwakan ASB adalah harus beberapa bulan lalu.
Selain itu, ia turut disokong oleh beberapa Majlis Penasihat Syariah perbankan Islam.
Sekurang-kurangnya 4 perbankan Islam di Malaysia yang mengharuskan ASB dengan mempunyai produk ASB Loan Financing iaitu :
CIMB Islamic Bank, Maybank Islamic, RHB Islamic Bank, dan AmIslamic Bank.
Difahamkan, tahun 2018 ini akan ada beberapa lagi perbankan Islam yang akan melancarkan produk ASB Loan Financing ini.
Jadi kesimpulannya, untuk mazhab ASB ‘harus’ ini, disokong oleh :
Majlis Fatwa Kebangsaan, 13 Jabatan Mufti / Majlis Fatwa Kebangsaan, Sekurang-kurangnya 4 Majlis Penasihat Syariah Perbankan Islam.
Pandangan #2 : ASB ‘Tak Patuh Syariah’
Sebelum keluar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2008, ada beberapa Jabatan Mufti / Majlis Fatwa Negeri yg menolak ASB. Antaranya, Jabatan Mufti Selangor dan Pulau Pinang.
Ia menjadi polemik peringkat kebangsaan juga apa ia turut disokong oleh beberapa tokoh besar dalam bidang muamalat di Malaysia, sekalipun selepas Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa rasmi ASB pada 2008.
Kemuncaknya, pada tahun 2009 telah tersebar satu surat daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kepada Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) respons SC berhubung isu patuh syariah ASB.
Dalam surat tersebut, SC memaklumkan bahawa ASB tidak mengikut garis panduan patuh syariah yang ditetapkan oleh SC. Surat itu adalah untuk edaran dalaman bank berkenaan saja, tetapi ia jadi viral.
Blog saya antara yang terawal kongsikan kandungan tersebut apabila terima ia daripada Yahoo Group. Zaman itu belum ada WhatsApp, Facebook seperti sekarang.
Sehingga kini, masih ramai yang berpegang kepada hujahan oleh SC ini.
Kesimpulannya, pendapatan menolak keharusan ASB disokong oleh :
Suruhanjaya Sekuriti / Security Commission.
Pandangan #3 : ASB ‘Harus,’ Tapi Perlu Dibersihkan Sebahagian Dividen
Pandangan ini merupakan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pada tahun 2016.
Melalui fatwa ini, umat Islam harus melabur dalam ASB. Tapi wajib untuk bersihkan sebahagian dividen berdasarkan peratusan pelaburan haram.
Ia hampir sama dengan pandangan pertama tapi mengambil jalan tengah daripada pandangan kedua.
Mana satu pilihan anda? Pandangan #1, #2, atau #3?
Tepuk dada, tanya iman dan ilmu. Kesemua autoriti di atas ada kapasiti dalam bidang masing-masing.
Majlis Fatwa Kebangsaan berautoriti untuk memberi fatwa hukum hakam Islam di peringkat kebangsaan.
Majlis Fatwa negeri pula, berautoriti memberi fatwa di peringkat negeri masing-masing untuk dipraktikkan di peringkat Jabatan Agama negeri.
Penasihat syariah bank pula, berautoriti dalam hal ehwal patuh syariah produk kewangan bank-bank Islam.
Sama ada kita terima atau tolak, sandarkan kepada ilmu. Bukan pada sentimen semata-mata.
Ia adalah khilaf di kalangan para alim ulama syariah dan muamalat negara ini. Setiap satu mempunyai hujah dan berjalan dengan harmoni di kalangan pihak berautoriti.
Jika betul dapat pahala dia, malah jika salah pun dapat satu pahala. Cuma di peringkat bawahan, ia menjadi polemik yang tak berkesudahan.
Dan secara peribadi, saya sangat mengharapkan ASB menjadi satu instrumen yang dapat membantu bumiputera, terutama ekonomi orang Islam, yang diterima status patuh syariahnya oleh semua autoriti berkaitan.
Asyik Nak Berdebat, Bergaduh Tapi Tak Melabur Juga
Ada 2 komponen penting dalam pelaburan iaitu:
Nilai Pelaburan
Masa
Bagi mereka yang bijak dan ingin menikmati salah satu keajaiban dunia, mulakan pelaburan seawal yang mungkin.
Tengok saja contoh di bawah apabila anda melabur sebanyak RM10,000 ke dalam ASB dengan purata pulangan sebanyak 8% setahun.
Selepas 10 tahun: RM22,196.40
Selepas 20 tahun: RM49,268.03
Selepas 30 tahun: RM109,357.30
Tapi kalau rasa nak berjinak-jinak dengan pelaburan saham yang boleh memberi pulangan yang lebih besar, 8% sehari pun boleh insyaallah.
Setiap kali tahun baru, para pelabur amanah saham mesti teruja nak update buku biru dan tengok berapa pelaburan terkumpul terkini. Masalahnya kaunter mesti akan penuh sesak dan perlu tunggu lama semata-mata nak kemaskini buku pelaburan.
Lebih-lebih lagi apabila Pulangan ASB Lebih 1 Sen Berbanding Tahun Lepas, lagilah ramai orang berpusu-pusu nak kemaskini dan membuat pengeluaran. Kesian kat makcik-makcik, pakcik-pakcik dan orang ramai.
Guna Saja myASNB, Cepat Dan Mudah
Berita baik bagi anda, PNB telah memperkenalkan myASNB bagi memudahkan urusan pelabur untuk:
Menyemak pegangan portfolio – memaparkan baki semasa akaun unit amanah
Menyemak status transaksi – memaparkan segala butiran transaksi unit amanah yang dilaksanakan melalui portal myASNB
Melakukan pelaburan tambahan – Urusniaga belian unit dapat dilaksanakan secara atas talian.
*Nota tambahan: Untuk urusan penjualan unit, tidak terdapat dalam portal. Anda masih perlu walk-in ke kaunter, dan ambil wang secara terus.
Hanya 3 Langkah Mudah
Langkah 1: Kemaskini Nombor Telefon Bimbit
Daftar dan kemaskini nombor telefon bimbit untuk tujuan penghantaran TAC. Anda perlu ke cawangan atau ejen ASNB untuk mendapatkan nombor akaun 12 digit yang baru, dan daftarkan nombor telefon terkini dalam database mereka.
Langkah 2: Layari Portal myASNB
Klik pautan https://www.myasnb.com.my/dan pilih “Daftar di sini” kemudian pilih “Teruskan” dan seterusnya klik pada kotak “Saya telah membaca dan bersetuju dengan Terma & Syarat dan Dasar Privasi” dan tekan butang “Setuju”.
Langkah 3: Isi Maklumat Pemegang Unit
Anda perlu isi butiran peribadi seperti nombor kad pengenalan dan produk ASNB yang anda ada. Isi semua maklumat yang diperlukan untuk anda menetapkan ID Pengguna dan kata laluan untuk pendaftaran akaun.
Masukkan nombor telefon yang anda dah daftar di langkah pertama tadi, dan TAC 6-digit akan dihantar ke telefon anda. Masukkan nombor TAC 6-digit yang anda terima.
Dah siap ketiga-tiga langkah tersebut, sekarang bolehlah anda lakukan transaksi menyemak pegangan portfolio, menyemak status transaksi, dan melakukan pelaburan tambahan.
Tak perlu beratur panjang di kaunter lagi selepas ini, kecuali untuk jual unit amanah saham anda.
Ramai yang kata Bitcoin itu bagus, kerana ianya desentralisasi; iaitu tiada kuasa/kerajaan yang mengawal Bitcoin. Oleh itu ianya merupakan sebuah pelaburan yang berdasarkan kepada penawaran dan permintaan semata-mata.
Dengan permintaan yang meningkat saban hari, maka harga Bitcoin pun naik dengan mendadak. Jika anda memegang 1 Bitcoin pada 1 Januari 2017 sampai sekarang, anda telah pun untung 800%.
Dengan pelaburan $1,000 US Dolar, naik sehingga $8,000 US Dolar pada hari ini. Itu cerita yang sedap-sedap saja, namun begitu, anda perlu lihat 10 perkara ini sebelum terlibat dalam Bitcoin.
1. Bitcoin Bukanlah Sebuah Syarikat
Anda tidak boleh menyaman sesiapa sekiranya pelaburan anda dalam Bitcoin menyebabkan anda kerugian. Baru-baru ini juga, syarikat bernama Tether yang terlibat dalam perkhidmatan Mobile Wallet telah kena hack yang menyebabkan hampir $31 juta US Dolar ‘lesap’ begitu sahaja.
2. Bitcoin Tiada Pendapatan, Keuntungan Atau Nisbah P/E (P/E Ratio)
Saham syarikat terkemuka seperti Apple dan Facebook di Amerika Syarikat, malah Nestle, Top Glove, Tenaga Nasional dan Telekom di Malaysia; mempunyai asas penilaian tersendiri. Mereka menjual produk, memberikan perkhidmatan, mempunyai aset dan sebagainya.
Bitcoin tiada satu pun perkara di atas. Tiada pendapatan, tiada aset, tiada laporan kewangan dan sebagainya. Namun Bitcoin mempunyai ramai pesaing, dan siapa tahu permintaan terhadap Bitcoin bakal berkurangan menyebabkan harganya jatuh mendadak dan tidak bernilai lagi.
3. Dagangan Bitcoin Tidak Dikawal Selia Sesiapa
Dengan erti kata lain, tiada siapa yang memantau Bitcoin dan jika ada sebarang masalah – tiada badan untuk menyelesaikannya. Kalau ditakdirkan anda kena hack seperti #1 tadi, habislah…
4. Sekiranya Tiada Internet, Tiadalah Bitcoin
Memang tak boleh dibayangkan, tetapi sekiranya suatu hari nanti tiada lagi Internet; maka tiadalah Bitcoin. Segala-galanya akan lenyap begitu sahaja.
Tidak seperti emas, anda masih boleh bawa emas yang anda ada ke kedai emas untuk dijual atau dipajak. Sama juga halnya dengan pelaburan saham, apabila anda beli saham sesebuah syarikat; nama anda akan tersenarai sebagai pemegang saham – walaupun dalam bentuk sehelai kertas.
5. Penerimaan Bitcoin Sebagai Bayaran Belum Meluas
Buat masa sekarang, belum banyak lagi perniagaan yang boleh menerima Bitcoin sebagai bayaran untuk produk/servis mereka. Ini kerana harga Bitcoin yang boleh turun sehingga 10% dalam masa sehari, mana mungkin seorang peniaga mahu rugi sebanyak itu.
6. Kos Transaksi Bitcoin Bukanlah Percuma
Kos atau yuran untuk sebarang transaksi adalah $23.66 US Dolar buat masa ini. Dan ia juga mengambil masa beberapa hari untuk melengkapkan transaksi Bitcoin tersebut. Tidaklah semurah dan secepat yang disangka.
7. Disebabkan Bitcoin Tiada Pemantau, Promoter Bitcoin Menjanjikan Bulan & Bintang
Menurut mereka yang mempromosikan Bitcoin, harganya dijangka naik dan naik lagi. Beli sekarang dan esok lusa akan naik. Tiada etika untuk menceritakan perihal sebenar, kerana Bitcoin tidak mempunyai badan berautoriti yang memantau.
8. Tiada Sebarang Perlindungan
Disebabkan tiada badan yang bertanggungjawab, maka simpanan anda dalam Bitcoin tidak dijamin oleh sesiapa.
Contoh mudah kita ambil: Malaysia ada PIDM (Perbadanan Insurans Deposit Malaysia), dan deposit anda dilindungi sekiranya syarikat kewangan tersebut ‘bungkus’. Sekurang-kurangnya anda dapat balik duit yang telah anda simpan atau labur tadi.
9. Konflik Kepentingan
Hampir semua orang yang suruh anda untuk beli Bitcoin, masing-masing ada Bitcoin. Dan semakin ramai orang beli Bitcoin, ini dapat melonjakkan harga Bitcoin ke paras lebih tinggi. Conflict of interest inilah yang menyebabkan orang membeli Bitcoin, tanpa ada sebarang analisa dilakukan.
10. Nak ‘Cairkan’ Bitcoin Bukanlah Sekejap
Kebanyakan orang yang membeli Bitcoin, tak pernah melalui proses menjual Bitcoin tersebut. Jadi mereka ingat untuk menjualnya, adalah semudah menjual di pasaran saham. Dan proses penjualan Bitcoin akan menjadi lebih rumit, terutama sekali apabila harga tengah merudum.
Oleh itu, kemungkinan pemegang Bitcoin akan terperangkap dengannya, tanpa dapat menjualnya sedangkan harga semakin jatuh setiap minit.
Ketahui Risiko Bitcoin
Anda kena tahu bahawa Bitcoin bukanlah seperti mana-mana bentuk pelaburan lain. Ianya bukanlah berdasarkan komoditi seperti emas atau minyak, tetapi hanya berdasarkan spekulasisemata-mata.
Lagi ramai orang beli, permintaan semakin tinggi, harga Bitcoin pun semakin naik.
Tiada sebarang jaminan daripada mana-mana pihak yang menyatakan pelaburan anda dalam Bitcoin selamat. Kalau anda kena ‘hack’ dan Bitcoin anda hilang, nak tuntut dekat siapa? PPIM pun tak boleh nak tolong. Gone with the wind lah jawabnya.
Di Malaysia, sehingga ke hari ini Bitcoin belum mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia.
Malah status halal juga belum ada, kerana Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini menyatakan bahawa Bitcoin mengandungi unsur gharar dan syubhah.
Jadi, jika ada yang berkata Bitcoin adalah sejenis scam alaf baru, semoga pencerahan ini dapat membantu anda membuat keputusan sebelum terlibat dalam pelaburan Bitcoin.