Terra2

Thursday, 4 January 2018

TERKINI.. Keluar cecair di hidung, mulut: Ustaz Wadi dipindahkan



Ustaz Wadi Anuar. Foto Sinar Harian
TAIPING: : Pendakwah terkenal, Mohamad Wadi Annuar Ayub atau dikenali Ustaz Wadi Anuar, 35, dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, hari ini bagi menjalani rawatan lanjut.
Beliau dilaporkan masih berada di bawah tahap kritikal selepas terbabit dalam nahas membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) bersama tiga penceramah agama lain di KM200.9 Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), kelmarin.
Turut parah dalam nahas itu, Mohd  Murtadzo Mohd Yusoff, 31, yang sehingga kini masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping.
Sementara dua lagi penumpang iaitu, Muhd Hambali Zulkifli, 28, serta ayah kepada Mohd Murtadzo, Mohd Yusoff Ahmad, 62, telah dibenarkan keluar hospital, semalam selepas hanya mengalami cedera ringan.
Adik kepada Mohd Murtadzo, Mohamad Yaakub Yusra, 27, berkata, Ustaz Wadi Anuar memerlukan rawatan lanjut bagi mengesan kemungkinan berlakunya pendarahan selepas difahamkan keluar cecair di hidung dan mulut, lewat petang semalam.
Sementara abangnya, masih belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan.
“Harapan sekarang semoga kedua-dua ustaz terus diberikan kekuatan, kita doakan semuanya dipermudahkan,” katanya ketika dihubungi.
Semalam dilaporkan, empat guru agama termasuk seorang tokoh penceramah terkemuka cedera apabila kereta dinaiki mereka terbabas dalam kejadian kemalangan di Kilometer 200.9 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara di sini lewat petang Khamis.
Mohamad Yaakub dipetik berkata, ketika kejadian, jalan licin dan kedua-dua beg udara kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka tidak berfungsi menyebabkan penumpang di bahagian hadapan mengalami cedera yang agak teruk, terutama di bahagian kepala.Kemalangan melibatkan empat ustaz termasuk seorang pendakwah terkemuka lewat petang semalam mengejutkan banyak pihak termasuk kalangan selebriti.
Melalui media sosial, beberapa selebriti tanah air menyatakan rasa sedih dengan kemalangan menimpa Wadi Anuar an rakan-rakannya di Km200.9 Jalan Taiping- Bukit Merah, Perak
Selain Wadi Anuar, tiga lagi mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu adalah Murtadha Yusuf, Hanbali Zulkifli dan bapa kepada Murtadha.
Read more at https://m.malaysiakini.com/hiburan/407518#I248uyV6zDC46SQt.99
Antara selebriti yang menyatakan rasa simpati mereka ialah Nur Heliza dan Mohd Fakhrul Radhi Khamaruddin dari kumpulan UNIC.
Mereka meminta orang ramai mendoakan agar semua mangsa kembali pulih seperti sedia kala dan dipermudahkan urusan.
“Innalillahi wa inna ilaihiroji’un. Minta semua doakan kepada ustaz-ustaz kita yang telah terlibat dengan kemalangan,” kata Nur Heliza di Instagram.
Difahamkan, keempat-empat mangsa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi di Hospital Taiping.
Murtadha yang tidak sedarkan diri dan mengalami pendarahan otak semalam dikatakan kini menjalani pembedahan berisiko tinggi.
Manakala Wadi Anuar yang patah pada bahagian bahu kini sudah mulai sedar namun masih berada dalam keadaan lemah dan belum mampu bercakap.
Sementara itu pelbagai pihak berharap orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai kemalangan berkenaan sehingga mengelirukan masyarakat.
Mereka juga meminta orang ramai mendoakan agar mangsa kemalangan itu diberikan kesembuhan segera.

🛑Update Terkini 7.04 AM 5.1.2018:
➡5.1.2018
2.31 AM
Ustaz wadi anuar akan dipindahkan ke hospital ipoh malam ni juga sebab pakar bahagian kecederaan yang dialami ustaz ada disana. Teruskan berdoa ya semua..Terima kasih banyak kekanda ustaz james yang sentiasa menjadi keluarga bagi keluarga ana dan ustaz Wadi Annuar
1.31 AM
Alhamdulillah Ustaz Murtadha dah selesai pembedahan selama 5 jam untuk cuci darah di bahagian belakang otak kiri. Doktor maklumkan tiada komplikasi semasa pembedahan. InsyaAllah esok pagi akan scan skali lagi. Dan ustaz Wadi Annuar agak berat mlm ini.
12.31 AM
Dah 3 kali Ustaz Wadi muntah darah. Sebentar lagi akan dibuat xray semula kerana doctor bimbang punca muntah darah kerana ada tulang tengkok yg patah. Ustaz Murtadha masih dalam pembedahan. Dah hampir 4jam..
Info dr kekanda Ustaz James.
8.59 PM
Ustaz Murtadha Yusof dah masuk bilik bedah 10 minit lepas doktor yang terlibat telah terangkan risiko-risiko pembedahan.. InsyaAllah moga dipermudahkan..
Terima kasih ya yang tak putus-putus berdoa buat kekanda saya. Alhmdulillah Ustaz Wadi Annuar dah stop bleeding..
8.23 PM
Ustaz Wadi Annuar ada cecair yang keluar dari hidung tak berhenti, doktor maklumkan mungkin ada licking cecair dari otak. Manakala Ustaz murtadha sedang dipersiapkan untuk pembedahan kedua bagi membuang sisa pendarahan pada belakang otak kiri. Teruskan munajat dan doa ya.
➡4.1.2018
6.15 PM
Doktor pakar otak baru panggil kami sebagai wakil Ustaz Murtadha. Ada pendarahan otak dibahagian belakang kiri otak dan pakar akan buat pembedahan kedua sekarang. Mohon doa dari semua ya.
2:30 PM
Perkembangan Ustaz Wadi Annuar. Sebentar tadi berlaku pendarahan yang keluar dari hidung dan mulut.. Moga-moga takdak apa-apa la..
2:00 PM
InsyaAllah pagi esok pihak hospital akan menghentikan ubat tidur kepada Ustaz Murtadha untuk melihat perkembangan beliau. Mohon doa semua ya.. Risiko agak tinggi tetapi itu antara alternatif yang ada.
9.10 AM
Mohon doa dari semua ya. Sekarang menanti pakar otak datang untuk cek perkembangan otak ustaz murtadha. Ustaz wadi annuar 10 minit tadi dah mula celik mata, tetapi tersangat lemah disebabkan ke dua-dua mata beliau bengkak teruk. Sepanjang tengok semalam mulut beliau sentiasa berzikir. Benarlah kata ulama andai ketika sihat kita sentiasa lazimkan zikrullah nescaya semasa sakit Allah akan lazimkan perkataan tersebut dibibir.
6.50 AM
ALHAMDULILLAH Ustaz Wadi Annuar semakin sembuh. Dah mula sedar tapi tak mampu buat apa-apa melainkan mendengar apa yang kita cakapkan. Mohon doa dari semua ya. Buat masa ni tak perlu ziarah lagi tak apa.. Bagi mereka berehat dahulu ya..
5.44 AM
ALHAMDULILLAH keadaan kekanda saya selepas pembedahan agak stabil cumanya tempurung kepala tak dapat diselamatkan sebab pecah dan berkecai.. Apa-apa pun keputusan akan dimaklumkan pagi ni, doakan ya agar keputusan yang baik-baik..
Terima kasih banyak ya buat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kekanda saya dan ustaz Wadi Annuar
RENTETAN TRAGEDI
2.47 AM
Makluman untuk semua ya, semasa kejadian tadi ayahanda saya tidak tidur. Beliau maklumkan kelajuan semasa kejadian di bawah 110km dan mereka dalam keadaan tidak mengantuk sebab Ustaz Murtadha (yang memandu) baru memandu bertukar dengan Ustaz Hambali iaitu kurang sejam dari masa kejadian. Saya ada terbaca bbrpa komen yg mengatakan Laju dan terlelap. Moga pencerahan ini menghilangkan persepsi-persepsi buruk ya.
Wallahi alangkah terluka hati ini membacanya, kekanda saya masih berjuang dalam bilik pembedahan, tolong doakan ya..
2.40 AM
Seorang ayah walaupn sakit tapi melihat anak sakit jauh lebih menyakitkan hingga terlupa sakit sendiri. Selepas dipujuk utk scan baru nmpak kata tulang rusuk kanan ayahanda ana retak. Inilah ayah dan ibu kita semua
TERUSKAN BERDOA BUAT GURU-GURU KITA YANG TERLIBAT. MOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DAN MEMBERIKAN KESEMBUHAN KEPADA YANG TERLIBAT. DAN MOGA ADA YANG TERBAIK BUAT USTAZ MURTADHA. JANGAN HENTI HADIAHKAN FATIHAH BUAT GURU KITA.
~Via Ustaz Mohammad Yaakub Yusra
Report By Qoba Qausain Au Adna





No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...