Terra2

Wednesday, 13 May 2020

Gadis panik lahirkan anak luar nikah, campak bayi dari tingkat 3 ditemui masih hidup


Tidak berperikemanusiaan! Itulah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan individu yang tergamak membuang seorang bayi lelaki daripada tingkat tiga blok 8G flat Bukit Gedung hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, Penang Kini, bayi yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat itu ditemui kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Ada kesan darah di belakang badan

Bayi berkenaan dijumpai di perkarangan blok 8G oleh penghuni di sekitar itu, dengan terdapat kesan darah pada bahagian belakang kepala.



Dapat diperhatikan, beberapa kakitangan perubatan telah bergegas ke lokasi kejadian dan memeriksa keadaan bayi tersebut yang hanya dibalut menggunakan kain batik.

Dicampak dari tingkap dapur

Difahamkan, seorang gadis berusia 18 tahun, telah ditahan pihak polis bagi membantu siasatan. Hasil siasatan mendapati, bayi berkenaan dibuang dari tingkap dapur flat blok berkenaan dengan ketinggian kira-kira lima meter.



Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan mengesahkan kejadian terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Panik anak lahir tanpa pengetahuan keluarga

Katanya, suspek mengaku melahirkan anak berkenaan pada pukul 7 pagi sebelum membuangnya atas alasan panik susulan melahirkan anak tanpa pengetahuan keluarganya.

Difahamkan, ketika kejadian ibu bapa suspek tiada di rumah dan pihak polis sudah mengenal pasti teman lelaki suspek berusia 18 tahun juga.



Turut kelihatan darah di bahagian tingkap dapur. Bagaimana pun, bayi tersebut masih hidup dan telah dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk rawatan lanjut.


Apa dosa anak tu?

Di ruangan komen, nasib yang menimpa bayi itu telah mengundang rasa simpati netizen. Rata-rata menyifatkan tindakan individu terbabit sangat kejam.


Kenapa kejam sangat!

Semoga bayi itu selamat


Dicampak dari tingkat 3 kot!




Mujurlah, penduduk di sekitar itu bertindak pantas, jika tidak mungkin bayi tersebut tidak dapat diselamatkan.

Sumber : Penang Kini

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...