Terra2

Monday 2 September 2019

(Video) Ambulans Terbabas Gara-Gara Sikap Penting Diri Seorang Pengguna Jalan Raya Guna Lorong Kecemasan

Semalam, tular di media sosial mengenai rakaman kes kemalangan yang melibatkan sebuah ambulans dengan sebuah kereta yang berlaku di Lebuhraya Karak arah Bentong ke Tol Gombak.
Menerusi rakaman ‘dashcam’ daripada salah sebuah kenderaan yang melalui jalan yang sama, kereta itu dilihat meluru masuk ke laluan kecemasan dengan tiba-tiba.
Akibat daripada itu, ambulans yang sedang berada di laluan kecemasan merempuh di bahagian sisi kereta berkenaan dan terhumban ke dalam longkang.
Rata-rata netizen yang menyaksikan rakaman tersebut menyelar tindakan pemandu yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan kemalangan.
“Andai dalam ambulans tu family kau, apa perasaan bila kena macam ni”
“Menyebabkan kerosakan aset kerajaan dan menggunakan laluan kecemasan..gantung lesen seumur hidup”
“Tolong kenakan tindakan berat ke atas pemandu SUV itu”
“Lorong kecemasan khas untuk betul-betul memerlukan saja lalu”

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...