Baru-baru ini kecoh di media sosial berkenaan dengan penceramah terkenal, Dr Zakir Naik yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dalam satu sesi ceramah. Namun semalam beliau telah membuat permohonan maaf secara terbuka setelah dua kali dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan.
Menerusi Twitter Da’i Wan, dia meluahkan rasa kesal terhadap negara Malaysia yang agama rasminya Islam kerana melarang dari Dr Zakir Naik memberi sebarang ceramah di dalam negara. Dia menyatakan bahawa umat Islam di Malaysia lemah kerana tidak mampu membela ulama yang teraniaya.
Maafkan kami
Menurutnya, dia kesal terhadap umat Islam di Malaysia yang tidak mampu bersatu demi membantu ulama yang dalam kesusahan walaupun berada dalam negara Islam. Hal ini menunjukkan bertapa lemahnya umat Islam di Malaysia.
Bangunlah dari mimpi
Selain itu, dia turut menegaskan bahawa tiada sebarang ajaran extremism dalam agama Islam dan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap Zakir Naik adalah tidak berasas.
Menurutnya lagi, kebanyakkan umat Islam di Malaysia hanya sekadar bersolat lima waktu dan berpuasa sahaja. Jika perkara sebegini berlarutan, dia beranggapan bahawa pada suatu hari nanti dakwah Islam itu akan terkubur dalam negara Islam sendiri.
Bersatulah kita orang-orang islam
Di samping itu, dia turut berharap agar umat Islam bangkit dan bersatu jika ada lagi kes-kes yang memperkecilkan agama Islam yang tidak adil.
Permohonan maaf Zakir Naik
Sumber: Sinar Harian, Da’i Wan
No comments:
Post a Comment