Pemandu wanita dari Malaysia yang kini sedang ditahan oleh pihak berkuasa Thailand, kerana telah merempuh lima orang pemotong rumput dalam kemalangan di Lebuhraya Asia di Khuhatai, Rattaphum kini bakal didakwa.
Difahamkan, wanita berusia 30 tahun akan didakwa atas kecuaian sehingga menyebabkan kematian dan kerosakan harta benda awam.
Memandu tanpa lesen sah
Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah wanita tersebut bukan sahaja membawa cuai tetapi sebenarnya dia memandu tanpa lesen yang sah.
Jika sabit kesalahan, wanita tersebut akan dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun dan denda tidak lebih 20,000 baht (RM2,721).
Sementara itu, pihak berkuasa Thailand telah mengurangkan jumlah ikat jamin 500,000 baht (RM68,000) kepada 200,000 (RM27,000) dan perlu membayar sagu hati wang tunai 50,000 baht (RM6,764) masing-masing kepada keluarga mangsa.
Setakat ini, wanita akan berada di dalam tahanan dan dilarang meninggalkan negara itu selagi kesnya tida selesai. Diharapkan, pihak keluarga mangsa mendapat hak yang setimpal dengan apa yang telah berlaku.
Sumber : Harian Metro
No comments:
Post a Comment