Terra2

Wednesday, 14 August 2019

Menghidap Jantung Berlubang, Ini Kisah Nur Anissa Zaki Yang Lahir Tanpa Tempurung Kepala Dan Otaknya Diluar

Beberapa hari ini nama Nur Annissa Zaki, bayi comel yang dilahirkan tanpa tempurung kepala kerap kali berlegar-legar di dinding media sosial. Lebih sayu apabila keadaan yang dialami bayi perempuan itu menyebabkan otaknya berada di luar kepala.
Pada mulanya, seorang individu telah memuatnaik ciapan di laman twitternya mengenai kisah bayi itu sebelum menyebar ke medium sosial lain. Oleh itu, terpanggil untuk mengetahui dengan lebih lanjut, Siakap Keli telah menghubungi sendiri adik ipar kepada bapa bayi berkenaan.

Gambar : Aaisyahanne Ahmad

Menurut Aaisyahanne Ahmad (adik ipar), Annissa telah dilahirkan pada 4 Ogos lalu. Anak buahnya itu mengalami ‘kekurangan’ yang dikenali sebagai holoprosencephaly di mana otak  bahagian hadapan (forebrain) janin tidak terbahagi kepada dua semasa proses pembentukannya.
Tambah Aaisyahanne, doktor sebenarnya dapat kesan keadaan bayi tersebut masa kandungan berusia enam dan tujuh bulan. Tapi masa mengandung memang kakak ipar saya takda apa-apa masalah cuma doktor ada cakap yang baby tu takda tisu kepala.

Gambar : Aaisyahanne Ahmad

Doktor ada jugak cadangkan supaya kakak ipar gugurkan kandungan, tapi dia taknak sebab memang dia teringin sangat nak anak perempuan. Lagipun keempat-empat anak dia lelaki.
Kuasa Allah Maha Hebat, kita tak dapat jangka. DIA kurniakan kakak bayi perempuan untuk mereka tapi DIA jugak yang berikan ujian di sebalik kelahiran ini. Kami semua redha dengan ketentuan-NYA. Anak kecil itu juga mengalami lelangit sumbing serta memiliki enam jari pada tangan kanan dan jantung berlubang.

Gambar : Aaisyahanne Ahmad

Dulu doktor pernah memberitahu kakak ipar bahawa anaknya itu hanya mampu hidup dua tiga hari sahaja. Tetapi Alhamdulillah kami bersyukur kerana Anissa masih ada sehingga hari ini. Namun besar harapan kami untuk melihat Anissan sihat seperti kanak-kanak lain.

Orang ramai yang ingin menyumbang atau menghulurkan bantuan boleh menghubungi beliau melalui nombor telefon 01161673662 atau akaun bank BSN 0411729000088130.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/42388/EDISI/Melaka-NS/Annissa-dilahir-tanpa-tempurung-kepala?fbclid=IwAR0Y7dGa_Pj80XXUztRIfK2Yg62dKeMZvNeoJGKk6U10mqsmgBmx5SBQTKw
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...