Terra2

Friday, 19 July 2019

(Video)Pijak al-Quran sebab ‘jantan’, 4 remaja perempuan ditahan polis

Sejak semalam, video gadis remaja memijak al-Quran telah tular dan hangat diperkatakan warganet. Menerusi rakaman video berdurasi 3 minit 13 saat itu, jelas kelihatan kitab suci itu dipijak seorang remaja perempuan sambil disaksikan rakan-rakannya.

Ditahan polis malam semalam

Namun begitu, tidak sampai 24 jam, pihak polis telah berjaya menahan empat orang suspek yang kesemuanya berasal dari Kelantan. Remaja-remaja itu berjaya diberkas polis selepas kakak kepada salah seorang suspek membuat laporan atas salah laku itu.
Menerusi posting yang diperoleh dari Facebook Kelantan info Semasa, suspek yang terlibat dalam video tersebut kesemuanya berusia dalam lingkungan 17 ke 18 tahun. Ada lagi beberapa remaja yang masih diburu dan akan ditangkap kelak untuk membantu 
siasatan.



Nak buktikan ‘main’ dengan jantan ke tidak

Hasil daripada siasatan awal, kes tersebut berlaku adalah disebabkan pemijak al-Quran dipaksa untuk bersumpah sama ada terlibat dalam melakukan hubungan intim dengan teman lelaki salah seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Irwan.


Butiran suspek didedahkan

Kesemua pelaku sudah dikenalpasti dan terbukti bahawa kes tersebut berlaku di negeri Kelantan iaitu di Tepi bahu jalan, berdekatan dengan Retak Kusial lama, 17500 Tanah Merah Kelantan. Perkara tersebut telah dinyatakan menerusi muat naik laporan polis di Facebook sumber.



Tengok sikit muka Irwan tu!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah mengecam tindakan para remaja tersebut. Bukan itu sahaja, mereka juga terkilan melihat tindakan biadap tersebut hanya disebabkan ingin membuktikan sama ada gadis itu bersetubuh atau tidak dengan teman lelaki rakannya.

Bagus kakak diareport polis



Sebab lelaki sanggup buat macam tu



No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...