Terra2

Sunday, 21 July 2019

Mayat suami & isteri sarat hamil berpelukan, maut akibat dihempap tangga

Betul bak kata pepatah yang menyatakan bahawa malang tidak berbau. Kemalangan melibatkan nyawa pasti akan menimbulkan perasaan pilu bagi ahli keluarga mangsa yang terlibat.
Satu kejadian menyayat hati berlaku di Subang, Selangor dimana empat maut termasuk sorang ibu mengandung akibat dihempap tangga rumah yang dalam proses pembinaan.

Isteri hamil tengah makan durian…

Kejadian berlaku ketika ibu hamil itu kebetulan sedang menikmati durian di bawah tangga berkenaan namun tangga tersebut tiba-tiba runtuh dan menghempapnya.
Si suami terdengar jeritan isterinya yang tersepit di bawah runtuhan turut maut di tempat kejadian kerana terkena renjatan elektrik oleh wayar kabel yang terputus.

Naik nak tolong tapi…

Identiti semua mangsa kini sudah dikenal pasti iaitu sepasang suami isteri, Shahril Apipie Mokhtar dan isterinya, Wan Hasheliza Wan Ibrahim yang maut ditimpa tangga.
Turut terkorban adalah Mohd Radezi Abdul Aziz dan seorang warga Indonesia, Bambang Sulisto. Mereka maut akibat terkena renjatan elektrik ketika untuk menolong suami isteri berkenaan.


Kesemua mayat mangsa telah selamat dikeluarkan oleh pihak bomba. Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kempat-empat mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
Sumber : 999Harian Metro.

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...