Semalam, kita dikejutkan dengan kematian seorang bayi berusia 9 bulan di tempat asuhan. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Jalan Kebun, Shah Alam dikatakan berpunca akibat lemas di dalam baldi.
Bayi ditemui dalam baldi
Bayi tersebut dikenali sebagai Abdul Rayyan Mijan telah merangkak ke bilik air selepas didapati tidak ada dalam bilik tempatnya tidur. Pengasuh taska telah menemui Rayyan dalam keadaan kebiruan di bilik air.
Pihak taska bawa pergi hospital
Menerusi laporan daripada Harian Metro, ibu mangsa telah memberitahu bahawa menerima panggilan daripada pihak taska mengatakan anaknya tidak sedarkan diri dan membawanya ke hospital.
“Abdul Rayyan ditemui dalam keadaan kebiruan dan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.”
“Mangsa seterusnya di bawa di Jabatan Forensik HTAR untuk dibedah siasat dan selamat dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun petang tadi (semalam).”
Suasana hiba di hospital
Namun begitu, menerusi perkongsian daripada Facebook Unit Khas Van Jenazah, suasana ketika sang ibu menemui anak tunggalnya di hospital benar-benar meruntun jiwa. Mereka yang berada di situ hanya mampu mendengar ibu bayi tersebut menyebut “Rayyan tunggu ibu di syurga”,”tunggu ibu ye nak di syurga”.
.
Setakat ini, kes yang berlaku masih dalam siasatan pihak polis. Mayat bayi syurga tersebut telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Kebun petang semalam.
Sumber : Harian Metro, Unit Khas Van Jenazah
No comments:
Post a Comment