Terra2

Sunday, 19 May 2019

Penarik Kereta Diituduh Peragut, Perogol, Dan Disembur Spray Baygon, Rupanya Kereta HondaTertunggak 5 Bulan



Viral di media sosial tentang beberapa orang penarik kereta terpaksa melalui detik mendebarkan apabila seorang wanita menaiki Honda City yang terpekik-terlolong menuduh mereka sebagai peragut & perogol. Lebih malang lagi mereka turut disembur dengan spray Baygon tidak ubah seperti Lipas yang ingin dibunuh. Lol.

Tonton Video Berikut:



Tersebarnya video ini sebenarnya lebih memalukan wanita ini apabila pelbagai rekod dan bukti dikeluarkan bahawa kereta wanita ini mempunyai rekod tunggakan selama 5 bulan.


Ramai netizen turut memberikan pendapat mereka;

Nurul Azida Tak pe la kurang2 betul die pakai honda walaupun tak mampu bayar..aku ada kawan ckp pakai honda..skali kantoi tak wujud pn honda nye..patut la bayang kunci honda pun tak pernah nampak..hai nak berlagak punye pasal..last2 malu sendiri..😂

Fareez Abidin Allahurabbi... andai semburan itu masuk kedalam mata bang lebai... sapa nak bertanggung jawab? haih 
Amir Adam Ni namanya muka tembokk!!!
Dah tau x boleh bayo... gatal ambek HONDA buat apa.... bodoh punya orang.... x yah buat malu lah
Bagi kami, seharusnya wanita tersebut tidak perlu bertindak sedemikian malah sepatutnya lebih sedar diri yang kereta anda mahu ditarik atas kecuaian anda sendiri juga. Tak perlu melabelkan pihak lain sebagai peragut dan sebagainya untuk melepaskan diri.

Kepada penarik kereta juga, jika betul cara berkomunikasi pastinya hal sebegini dapat diselesaikan dengan lebih baik. Apapun kita semua faham yang kerja tarik kereta ni bukan mudah dan kadangkala komunikasi dah habis baik pun, tetap tak dapat kerjasama dari pemilik kereta yang tak sedar diri ini.

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...