SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas beberapa peniaga yang dikenal pasti berniaga secara haram di tapak bazar Ramadan di Persiaran Atmosfera, U5, di sini.
Video Terletak Di Bawah Artikel
Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan berkata, kegiatan itu dikesan selepas pihaknya menjalankan tindakan penguatkuasaan melalui Op statik bermula 6 Mei lalu di semua lokasi bazar Ramadan di bawah pentadbiran MBSA.
Beliau berkata, menerusi operasi tersebut, anggota MBSA yang ditempatkan di lokasi untuk mengawal dan memastikan penjaja tanpa permit ini menjalankan perniagaan, telah memberi amaran kepada peniaga-peniaga terlibat.
“Kita beri tempoh sehingga semalam untuk mereka berhenti berniaga di tapak haram tersebut dan berpindah ke tapak-tapak yang mendapat kelulusan MBSA untuk berniaga.
“Jika mereka bersetuju dengan tawaran kita, kelulusan lesen atau permit akan diberi serta merta,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Bazar Ramadan Mampan 2018 di tapak Bazar Ramadan Seksyen 19
Katanya, lokasi yang ditawarkan pihaknya kepada peniaga-peniaga terbabit adalah di Jalan Nova yang terletak di kawasan sekitar U5.
“MBSA tak mahu nafikan hak mereka untuk berniaga sebab tu kita beri pilihan tapak-tapak bazar Ramadan yang masih kosong dan dikawal oleh kita.
“Kita mahu semua peniaga dan penjaja dapat berniaga secara teratur serta memastikan mutu makanan disediakan berada pada tahap yang terbaik,” katanya
Kredit: Sinar Harian
Bazaar Ramadhan Persiaran Atmosfera Diserbu
Satu rakaman video menjadi tular di media sosial menunjukkan pihak berkuasa (MBSA) datang serbu di Bazaar Ramadhan Persiaran Atmosfera. Video yang berdurasi 3 minit itu menunjukkan peniaga enggan menurunkan khemah setelah disuruh oleh pihak berkuasa.
Bazaar Ramadhan ini tidak mendapat apa apa kelulusan MBSA tetapi ramai peniaga yang menjual juadah untuk berbuka puasa.
Video tersebut menerima banyak respond dari netizen dimana mereka menyatakan peniaga tersebut hanya mencari rezeki yang halal untuk menampung perbelanjaan Aidilfitri tahun ini.
Video tersebut.
Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik.
No comments:
Post a Comment