Video berdurasi 45 saat itu menunjukkan, anggota polis berpakaian seragam dipercayai dari Unit Kereta Peronda (MPV) mengarahkan remaja itu bangun sebelum ditampar, disepak dan ditarik rambutnya.
Remaja terbabit berulang kali meminta maaf namun anggota itu terus memukulnya.
Lapor Harian Metro, jurucakap polis mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian itu, tetapi tidak mahu mengulas lanjut.
Katanya, pihak polis kini sedang menyiasat kejadian itu.
No comments:
Post a Comment