LELAKI ditemui mati di belakang rumah di Kampung Tebakang, Bukit Payong, Marang, hari ini.
Dalam kejadian 4.30 petang, lelaki yang dianggarkan berusia 30-an itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah.
Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.
“Ketika ini, punca kematian dan motif kejadian masih dalam siasatan. Mengenai dakwaan yang tular di laman sosial mengatakan mangsa dibelasah kerana mencuri pisang, kita masih menjalankan siasatan dan tidak dapat mengesahkan dakwaan itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata, siasatan awal di tempat kejadian memang menemui pisang berhampiran lokasi kejadian kerana rumah berkenaan dipercayai milik peniaga pisang.
“Kita sudah mengenal pasti identiti suspek dan gerakan memburu suspek giat dijalankan.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Sumber: Harian Metro
No comments:
Post a Comment