Terra2

Friday, 2 November 2018

”Tunggu Aku Di Jannah Sayang,” Sayu, Penyelam Terkorban Saat Mencari Mangsa Nahas Lion Air Nuraiyshah A.L1 jam lalu




Gambar : Tribun News/FB Syachrul Anto
Seorang penyelam dalam pasukan mencari dan menyelamat nahas Lon Air JT610 yang terhempas isnin lalu, Syahrul Anto dilaporkan terkorban dalam misi tersebut malam tadi.
Ketika dibawa ke Pelabuhan JICT 2 Tanjung Priok, Jakarta Utara, mangsa sudah berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan sempat dibawa ke Rumah Sakit Koja yang berada berhampiran.
“Mangsa dibawa sekitar pukul 9.30 malam ke Pelabuhan JICT mengunakan kapal Pertamina Victory.
”Setelah itu, kita terus bergegas membawa mangsa ke Rumah Sakit Koja, tetapi dia dilaporkan telah meninggal dunia.
”Mangsa kini ditempatkan oleh keluarganya di rumah jenazah di Surabaya untuk urusan pengebumian,’‘ kata Ketua Pasukan Penyelam Skuba Indonesia, Bayu Wardoyo, di Pelabuahn JICT, pagi ini.
Syahrul merupakan salah seorang penyelam awam berpengalaman yang berada di bawah Basarnas bagi proses pencarian mangsa dan serpihan pesawat Lion Air JT610 yang terhempas isnin lalu.



Gambar : Tribun News/Antara/Indrianto Eko Suwarso

Setakat pagi ini sahaja, dilaporkan terdapat 159 orang penyelam yang diturunkan ke dalam dasar laut di perairan Karawang, Jawa Barat.
Difahamkan, arus bawah laut yang kuat menjadi salah satu cabaran kepada para penyelam, di mana mereka harus membuat pencarian secara maksimum di dasar laut yang mencapai kedalaman sehingga 35 meter.

Jom buat duit dengan: Za.gl (Sertai disini)


Sementara itu, isteri mangsa, Lyan Kurniawati turut meluahkan rasa pilu mengenai kejadian yang menimpa suaminya itu. Moga diberi ketababan kepada isteri, anak dan keluarga yang dtinggalkan.



FB : Syachrul Anto

Allah lebih cinta padamu Sayangku, pahlawanku,imamku….
Tunggu aku di jannahNya Insya Allah….terimakasih kasih sayang, bimbingan dan didikanmu. Insya Allah kami teruskan dedikasimu dalam kemanusiaan
Laa khaula wala kuwwata Illa Billah …Innalilahi wainailaihi rojiun…Mohon dibukakan pintu maaf segala kesalahan almarhum.
Sumber : Detik News

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...