
Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu mengumumkan bakal mencabar dirinya untuk menyelubungi seluruh anggota badan dengan 100,000 ekor lebah hidup.
“Doakan saya ye. 100,000 ekor lebah. Mak datok. Aje giler #beemanchallenge ,” tulisnya.
Dalam pada itu, Shuib turut meminta orang ramai supaya mendoakan keselamatannya ketika melakukan aksi ngeri itu.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat seakan tidak percaya Shuib akan melakukan cabaran tersebut namun, ada juga yang memberikan kata-kata semangat.



Namun, jika diingatkan kembali, melakukan lagak ngeri bukanlah sesuatu yang baru buat Shuib kerana sebelum ini, dia juga pernah menyertai program ekstrem Fear Factor Malaysia.
Foto: Instagram Shuib
No comments:
Post a Comment