Terra2

Sunday, 14 October 2018

Selalu Senggugut Kuat Sampai Berguling-Guling? Ini Tanda-Tanda Anda Mungkin Hidap Endometriosis


Haid atau datang bulan merupakan sesuatu perkara yang biasa bagi wanita. Namun yang menjadi ‘normal’ apabila ketika mereka didatangi haid, mereka akan mengalami sakit senggugut yang kuat sehingga ada yang tidak mampu berjalan.
Seorang doktor berkongsi tentang sejenis penyakit yang dipanggil Endometriosis. Ianya dikatakan bahaya kerana simptom penyakit tersebut kelihatan ‘biasa’ bagi seorang wanita ketika mengalami haid.

Apa itu Endometriosis?

SENGGUGUT SAMPAI BERGULING – GULING, MACAM RAHIM KENA GUNTING.
Saya pernah jumpa pesakit yang setiap bulan mesti akan ponteng kerja sehari dua. WAJIB. Sebab setiap kali datang haid, dia akan mengalami sakit senggugut yang kuat sangat sampai termuntah – muntah dan nak berjalan pun tak boleh. Dahsyat kan ? Tapi yang paling dahsyat, dah sekian lama baharu lah dia jumpa doktor. Sebabnya ? Semua orang cakap itu normal. Dan topik haid ni masih ‘taboo’ dalam kalangan sebilangan besar rakyat Malaysia.
Hari ini saya nak menulis mengenai penyakit wanita yang bukan kanser tapi antara paling kerap dihidapi wanita selain fibroid, iaitu ENDOMETRIOSIS. 70 – 80% wanita yang menghidap endometriosis biasanya mempunyai simptom senggugut. Nampak tak betapa ‘biasa’ nya masalah ini?
ENDOMETRIOSIS TU APE BENDA ?
Untuk memahami bagaimana endometriosis boleh terjadi, perlu difahami dulu anatomi rahim wanita. Rahim wanita terdiri daripada 3 lapisan. Lapisan paling dalam ialah endometrium. Lapisan tengah myometrium manakala lapisan luar ialah perimetrium. (Rujuk gambar pertama).
Lapisan endometrium yang berada paling dalam akan menebal setiap bulan di bawah pengaruh hormon estrogen sebagai persediaan untuk mengandung. Jika tiada persenyawaan berlaku, lapisan ini akan menipis semula dan gugur dalam bentuk darah haid setiap bulan.
Endometriosis berlaku apabila terdapat tisu endometrium yang sepatutnya berada di dalam rahim, menempel dan tertanam di bahagian luar rahim seperti di tiub, ovari, usus, pundi kencing dan dinding abdomen. (Rujuk gambar 2)
Jadi sebagaimana lapisan endometrium dalam rahim, tisu – tisu di luar rahim ini juga bertindak balas terhadap hormon secara serupa. Jadi, pendarahan haid bulanan yang berlaku di dalam rahim, berlaku juga DI LUAR RAHIM. Ini menyebabkan proses keradangan berlaku. Selain itu, keradangan ini juga menyebabkan berlakunya lekatan antara struktur – struktur organ di sekeliling tisu – tisu ini. Dan dalam sesetengah kes juga, berlaku pembentukan ‘chocolate cyst’ atau nama lainnya endometrioma. (Rujuk gambar 3).
Penyakit ini berlaku pada wanita dalam lingkungan usia selepas akil baligh sehingga menopause dan paling tinggi pada usia sekitar 30 – 45 tahun. Dianggarkan sekitar 10% wanita menghidap masalah ini [1], tetapi ia susah untuk dipastikan kerana pembedahan diperlukan untuk mendiagnosa penyakit ini secara pasti 100%. Kebiasaannya, doktor hanya membuat diagnosa berdasarkan simptom dan pemeriksaan klinikal, melainkan jika ada keperluan untuk pembedahan.

Bagaimana ianya terjadi?

BAGAIMANA TERJADI
Sebab kenapa endometriosis terjadi sebenarnya tidak diketahui. Terdapat beberapa teori berkenaan punca ia terjadi tetapi yang paling popular ialah ia berpunca daripada aliran darah haid secara ‘backflow’ atau terbalik. Menurut teori ini, apabila berlaku pendarahan haid, sebilangan kecil akan keluar terbalik ke atas, melalui tiub ke ovari lalu melimpah ke bahagian dalam abdomen bersama – sama tisu endometrium [2]. Teori ini turut disokong oleh penemuan bahawa endometriosis kerap berlaku kepada perempuan yang mengalami organ wanita tidak normal yang menyebabkan aliran darah haid tersumbat [3]. (Rujuk gambar 4)
Secara umumnya, wanita yang mempunyai faktor risiko ini lebih cenderung untuk mendapat endometriosis :
1) lewat mendapatkan zuriat
2) ?kitar haid yang pendek, kurang 27 hari
3) ?keluar darah haid berpanjangan, lebih 7 hari

Tanda-tanda Endometriosis

APA TANDA – TANDA ENDOMETRIOSIS ?
Antara masalah/simptom yang dihidapi wanita yang mungkin disebabkan oleh endometriosis ialah :
1) Senggugut, 70 – 80%
2) ?Sakit perut kronik, tidak mengira haid, 30 – 50% 
3) ?Sukar mendapat zuriat, 20 – 40%
4) ?Sakit semasa melakukan hubungan seksual, 25 – 40%
5) ?Ketidakaturan kitaran haid, ~16%
6) ?Sakit semasa kencing, terutama ketika haid, 1 – 2%
7) ?Sakit atau berdarah semasa buang air besar, terutama ketika haid, 1 – 2%
8 ) ?Batuk berdarah disertai kesukaran bernafas, semasa haid – SANGAT -SANGAT JARANG, berlaku apabila tisu endometrium menempel di paru – paru
Kesukaran mendapat zuriat disebabkan endometriosis adalah pada sekitar 20 – 40% [4]. Ia disebabkan lekatan yang berlaku akibat dari keradangan yang disebabkan tisu – tisu endometrium di luar rahim. Lekatan ini menyebabkan kerosakan struktur terutama kepada tiub. Ini menyebabkan proses persenyawaan sukar berlaku.

Cara merawat Endometriosis

BAGAIMANA DOKTOR MERAWAT ENDOMETRIOSIS ?
Secara umumnya, rawatan akan dimulakan dengan merawat simptom dahulu seperti pemberian ubat tahan sakit dan hormon untuk mengurangkan simptom.
Jika terdapat keperluan, pembedahan akan ditawarkan kepada pesakit khusunya untuk pesakit yang :
1) sukar mendapat zuriat
2) ?mempunyai chocolate cyst yang besar
3) ?tidak respons kepada rawatan menggunakan ubat
Nasihat saya :
1) Jangan malu untuk bercakap mengenai haid anda. Wanita perlu prihatin dengan haid sendiri dan berkongsi dengan ahli keluarga serta doktor jika terdapat masalah
2) ?Kesakitan senggugut BUKAN SUATU YANG NORMAL terutamanya jika ia mengganggu anda melakukan aktiviti harian dan bersosial
3) ?Para lelaki (ayah, abang dan suami) perlu bersama – sama memberi sokongan untuk memperkasakan wanita. Jangan ejek atau perkecilkan anak, adik, kakak atau isteri anda jika mereka mengalami masalah senggugut.
* KONGSI jika bermanfaat
* ?Ada rakan – rakan facebook yang berpengalaman alami senggugut teruk ? Jom kongsi tips bagaimana atasi selain makan ubat – ubatan !
#doctorrafi
#IbuCelik
#SakitPuan

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...