Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.
Mempunyai kehidupan yang lebih baik pada orang lain bukan menjadi tiket untuk kita merendahkan mereka. Seringkali kita mendengar kisah anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang miskin, dipinggirkan oleh saudara-mara yang lain. Alasannya kerana tidak setaraf.
Begitu juga perkongsian pengalaman hidup oleh lelaki ini di mana dia sekeluarga pernah dihina dan dipandang jijk oleh saudara-mara yang lain hanya kerana mereka susah. Ayahnya bertugas sebagai pengawal keselamatan dan ibunya hanyalah suri rumah, melalui keperitan hidup membesarkan mereka enam beradik.
Paling tidak boleh dilupa, mereka mahu menumpang saudara lain untuk pulang ke kampung beraya, tetapi ditinggalkan tanpa perasaan di tepi jalan. Menangis ibu dan ayahnya ketika itu melihat mereka sekeluarga dihina sedemikian. Hanya mempunyai motosikal lama dan gaji yang entah kadang cukup atau tidak, manakan mampu membeli kereta.
Biarpun baru berusia 7 tahun ketika itu, semuanya masih terbayang jelas di minda sehingga membentuk dia dan adik-beradik menjadi manusia pada harini, katanya ketika dihubungi Siakap Keli. Ikuti luahannya seperti di bawah. Moga secebis kisah masyarakat ini menjadi pedoman dan pengajaran buat semua.
Teringat sgguh masa susah dulu, saudara-mara yang terdekat macam pandang jijik kat kami….
Paling tak boleh lupa masa nak cuti raya, kononnya pak cik aku nak ambik kami sekeluarga untuk balik kuantan… Suruh tunggu tepi jalan besar sebab dalam 4:30 petang dia akan lalu and ambil kami terus.
Kami sekeluarga tunggu dari pukul 4, takut terlepas dengan dia… Tengah panas tunggu jugak lah kami adik-beradik. Last-last dia lalu je depan kami… Abah cuba kejar takut dia tak nampk last-last dia tinggalkan kami sekeluarga macam tu je.
Sedih sangat macam tu, macam gituh hina skali kami sekeluarga. Nasib baik ada adik-beradik mak datang ambil kami dengan lori, suka sangat dapat naik lori ramai-ramai… Tapi sekarang, bila family kami dah ok and tak susah macam dulu, yang jenis kepala bana ni lah asyik datang minta tolong macam-maca,… Pinjam duit, nak tumpang naik kereta pergi mana-mana and macam-macam lagi selagi boleh minta denagn mak and ayah aku.
Sebab nak minta dengan aku diorang takut, siap cakap “tak nak lah minta dengan ali, garang sangat’. Dah kena sembur atas muka, memang tak kan minta tolong lah… Waktu senang, kau hina kami cakap kami ni busuk lah, suka susahkan orang lah, macam-macam lagi kau cakap tapi bila kau susah orang yang kau hina ni lah kau cari…
Sekarang aku just hormat meraka sebab mereka lebih tua dari aku… Aku kejam? Just what you give to us, you get back from us. Maaf emosi sikit, sebab sampai sekarang aku tak dapat terima diorang buat mak dan ayah aku nangis kat tepi jalan….
No comments:
Post a Comment