Terra2

Friday, 19 October 2018

Kronologi sebenar di sebalik kejadian ibu kelar leher empat orang anak di Sabah






Situasi cemas dan ketakutan dihadapi oleh tiga orang kanak-kanak, apabila terpaksa berdepan dengan ibu kandung mereka yang bertindak agresif menggelar leher mereka sebelum menggelar lehernya sendiri.

Mangsa dikenali sebagai Nurul Hanisa, 8 tahun, Melati 7 tahun dan abangnya Jehan 5 tahun cedera parah di tempat kejadian selepas berjaya diselamatkan bapanya. Namun adik mereka yang berusia lapan bulan maut dalam kejadian itu.

Kejadian yang menyayat hati itu telah mendapat perhatian netizen yang menyifatkan kejadian itu sebagai tindakan di luar kawalan kewarasan seseorang.





Ini kronologi kejadian ibu kelar empat anak

1.  Sebelum kejadian suami suspek, Yohanes Kolin melihat isterinya (suspek) menghentak-hentak kepalanya pada tiang bilik, dia yang hairan dengan kelakuan isterinya, menegurnya supaya berhenti berkelakuan seperti itu.

2. Selepas ditegur suspek dilihat kembali tenang dan membawa masuk keempat-empat anaknya ke dalam bilik. Sebelum itu suspek sempat menyuap biskut dan menuangkan minuman kepada anak-anaknya.

3. Suami suspek telah ke tempat kerja yang terletak di sebuah pusat peranginan di Pulau Mantanani.

4. Sekitar pukul 1.30 tengah hari, suami mangsa telah pulang ke rumah. Tiba-tiba dia mendengar suara anak-anaknya meminta tolong dari dalam bilik.

5. Suami suspek terus meluru masuk ke bilik dan ingin membuka pintu, namun pintu terkunci, dia bertindak meninjau dari tingkap bilik dan terkejut apabila mendapati dua anaknya dalam keadaan berlumuran darah.

6. Suami suspek segera merempuh masuk ke bilik dan melihat suspek sedang mengelar lehernya sendiri dengan pisau sebelum dia sempat menahan tindakan isterinya itu.

7. Dia bertindak menyuruh dua anaknya keluar daripada bilik itu, sebelum dia berlari meminta bantuan dari pihak berkuasa yang membuat rondaan.

8. Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 16 tiba di tempat kejadian dan segera memberikan bantuan menyelamatkan mangsa dan suspek yang cedera parah.

9. Suspek ditahan oleh pihak polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

10. Suspek dikatakan mengalami kemurungan sebelum bertindak kejam mengelar keempat anaknya menggunakan pisau.

Lokasi kejadian




Suspek dibawa keluar dari pulau





Senjata yang digunakan suspek




Sumber : Harian Metro

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...