Ajal, pertemuan dan maut di tangan Tuhan. Siapa sangka semalam merupakan hari terakhir guru ini menggalas tanggungjawab sebagai pengawas peperiksaan UPSR di SK Awat Awat, Lawas, Kuching. Kemalangan ini melibatkan dua orang guru dan kenderaan yang dipandu itu dipercayai terbabas hingga masuk ke kawasan semak-samun sebelah jalan.
Kedua guru dan pengawas UPSR ini dipercayai dalam perjalanan menghantar kertas peperiksaan ke sekolah tersebut. Cikgu Arrzahara Affendi terkorban dalam kemalangan itu dan ternyata hari tersebut merupakan hari terakhir dia bertugas.
Hari terakhir bertugas
Mangsa Cikgu Arrzahara Affendi berusia 28 tahun ini memuatnaik sebuah foto bersama dua orang cikgu lelaki, salah seorangnya juga terlibat dalam kemalangan tersebut dengan kapsyen “last day bertugas” di aplikasi Whatsapp status.
Menurut Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad telah mengesahkan mangsa Arrzahara Affendi meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di unit kecemasan Hospital Lawas pada jam 2.20 petang, semalam. Manakala, seorang guru lelaki bersamanya selamat dan masih dalam rawatan doktor.
Dipercayai dipandu laju
DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad mempercayai kereta itu dipandu laju hingga menyebabkan panduan terbabas di Jalan Trusan, Bukit Suling.
Pemandu kereta tersebut, seorang guru lelaki berusia 24 tahun dari Sibu pula dilaporkan mengalami kecederaan ringan. Kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu berlaku apabila kereta terbabit telah terbabas dipercayai dipandu laju.
Sumber: Warta Sarawak, Utusan Borneo
No comments:
Post a Comment