Terra2

Friday, 28 September 2018

Cemburu Punya Pasal, Pasangan Kekasih Ke Tali Gantung


Sepasang kekasih masing-masing berusia 22 tahun dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh seorang lelaki tiga tahun lalu. Pasangan ini didakwa mempunyai niat bersama membunuh Mohamad Azzad dengan bermotifkan cemburu.
Pada malam kejadian, mangsa menaiki bas ke Melaka untuk membuat kejutan kepada kekasih sebelum diperangkap lalu dibunuh.

Tikam dan kelar

Mahkamah Tinggi Ayer Keroh hari ini mendapati pasangan ini bersalah dengan niat membunuh Muhammad Azzad Suhani Hilalluddin di Jalan BMU 2 hingga ke kolam loji kumbahan, Bandar Baru Merlimau Utara, Jasin Melaka.
Difahamkan Nur Fatihah menjalinkan hukuman cinta siber dengan mangsa sejak Tingkatan 3 namun perhubungan menjadi renggang selepas dia menyambung pengajian di Melaka.
Pada malam kejadian, mangsa menaiki bas ke Melaka untuk berjumpa Nur Fatihah buat pertama kali. Nur Fatihah yang menjalinkan hubungan dengan Firdaus, menghubungi kekasih gelapnya itu dan bersetuju mengumpan mangsa di tempat kejadian.
Kerana cemburu juga, Firdaus menikam beberapa kali dan mengelar mangsa menggunakan pisau sehingga mati.
Menerusi laporan Harian Metro, Hakim Datuk Siti Khadijah S Hassan Barjenid menjatuhkan hukuman selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pasangan kekasih tersebut.
Pasangan ini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Tertuduh walaubagaimanapun kelihatan tenang ketika hukuman dijatuhkan.

Komen netizen

Sumber : Harian Metro

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...