Seorang wanita cedera di mata kiri akibat tertusuk pensil eyeliner selepas kenderaan yang dinaikinya dilanggar sebuah teksi, lapor Coconut Bangkok.
Sebelum kejadian itu, mangsa yang merupakan penumpang dalam trak berkenaan sedang bersolek menggunakan eyeliner dan kenderaan itu bergerak secara perlahan dan dilanggar sebuah teksi dari belakang lalu menyebabkan kelopak mata kirinya tertusuk pensil eyeliner.
Perkhidmatan kecemasan di Bangkok kemudian dipanggil ke lokasi kemalangan di daerah Rachathewi itu dan mendapati matanya tertusuk objek tersebut. Malangnya, pihak perkhidmatan itu tidak mempunyai kepakaran mengeluarkan objek tersebut lalu membawa mangsa ke Hospital Rajavithi.
"Matanya tidak luka tetapi ada darah dapat dilihat, tak banyak, keluar dari hidungnya, kerana kedua-dua organ itu begitu dekat. Dia masih sedar apabila kami tiba dan boleh bercakap," kata sukarelawan penyelamat Thanabodee Sabbodi.
Mangsa kemudian terpaksa menjalani pembedahan segera dan pensil itu berjaya dikeluarkan/
Menurut doktor yang merawat mangsa, separuh dari bahagian pensil itu menusuk ke dalam matanya dan terkena pada scelera, bahagian putih mata. Tetapi kecederaan itu tidak menyebabkan penglihatannya mengalmi kerosakkan kekal.
Difahamkan, mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu kini dilaporkan stabil dan sudah mampu membuka mata kirinya serta dia dijangka pulih dalam masa terdekat.
Sumber: Coconut Bangkok, mStar Online
No comments:
Post a Comment