Terra2

Sunday, 24 June 2018

Kenapa orang gila minum air basi tak sakit perut?



Setiap apa yang berlaku dalam perjalanan hidup kita, pasti ada hikmahnya. Tidak akan terjadinya sesuatu perkara itu tanpa sebabnya untuk kita muhasabahkan diri, biarpun perkara itu baik atau buruk. Terpulang kepada diri kita untuk menerima dan menilai sesuatu kejadian yang berlaku itu. Semoga perkongsian dari Rafie Ramliini bermanfaat untuk kita semua. 

KENAPA orang gila di tepi jalan itu minum air basi pun tak sakit perut? Kalau kita minum air paip pun, perut dah start meragam. 

Kenapa anak orang kurang berkemampuan, hidung berhingus sebulan pun relaks saja tak kena jangkitan kuman di paru-paru? Anak-anak orang berduit, selesema tiga hari, nanti boleh jadi terus kena nebulizer, mungkin kena pneumonia. 

Kenapa orang kurang berkemampuan boleh pakai sabun apa saja, tak kering kulit pun? Tetapi bila anak-anak orang ada duit ini kena pakai sabun khas organik atau PH rendah yang mahal, kalau tidak kulit kering-kering tahap ekzema. 

Kenapa anak orang susah boleh minum susu jenama biasa sahaja? Tetapi kalau anak orang berada, kena minum susu yang harga untuk satu tin RM90. Kalau tak, nanti alergik. 

Kenapa orang susah tidur tak ada kipas pun sejuk saja. Tetapi kalau orang kaya, tak ada aircond berpeluh-peluh dan kena buka kipas sekali baru boleh lena? 

Eh, banyak lagilah kalau nak difikirkan, kan? Walaupun bukan semua, tetapi kebanyakannyalah. Ini sebab:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya.."

(Al-Baqarah: 286)


Jadi kepada mereka yang berada di mana-mana situasi yang kita rasa sukar, yakinlah yang kita mampu mengatasinya dan kepada Allah jualah tempat bergantung. InshaAllah. 

Sumber: Rafie Ramli

No comments:

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supay...