Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida memang tidak pernah lekang dari kontroversi. Ada saja cerita mengenai beliau sama ada perkara baik mahupun negatif.
Umum mengetahui wanita berusia 47 tahun ini pernah berdepan dengan peristiwa menyayat hati, dimana beliau kehilangan dua putera tersayang dalam kebakaran beberapa tahun lalu.

Pada 1 Syawal yang lalu, Datuk Vida memuat naik gambar beliau melawat pusara arwah anak-anaknya. Turut disertakan kepsyen luahan hatinya.

Rata-rata netizen turut merasakan kesedihan tersebut dan meminta agar Datuk Vida terus tabah dan menerima segala ketentuan-Nya.
Bagaimanapun, gambar tersebut mengundang komen negetif daripada netizen yang melabel Datuk Vida seorang yang tidak beradab kerana duduk di atas pusara yang terletak bersebelahan pusara anak-anaknya.
Namun ada beberapa netizen memberikan komen positif dengan mengatakan mungkin pusara itu adalah pusara ahli keluarganya juga. Apa pun diharap Datuk Vida terus tabah menghadapi dugaan tersebut.